Halimah Harun menang RM44,000 menerusi kuiz 'Teka Suara Siapa' di Suria fm

Diterbitkan: Isnin, 23 Mac 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Halimah Harun (dua dari kanan) menerima 'mock cheque' RM44,000 daripada Suria fm.
Halimah Harun (dua dari kanan) menerima 'mock cheque' RM44,000 daripada Suria fm.

TAHUN 2009 menyaksikan Suria fm terus mengatur strategi untuk meningkatkan lagi jumlah pendengar selain lebih dekat dengan khalayak pendengarnya.

Kuiz ‘TEKA SUARA SIAPA DI SURIA’ yang bermula 16 Februari telahpun berakhir pada 16 Mac dan turut memberikan tuah kepada pemanggil dari Taman Selayang Mutiara, Batu Cave, Selangor, Halimah Harun, 42, yang berjaya memberi empat tekaan nama personaliti dengan tepat iaitu Kelly Clarkson, Elly Mazlein, Altimate dan Eddie Hamid.

Ia sekaligus melayakkan beliau memenangi wang terkumpul sebanyak RM 44,000.

Beliau menyertai kuiz ‘TSS’ menerusi segmen BREAKFAST@SURIA bersama Tuah dan Zizi ( 6 pagi hingga 10 pagi) pada 16 Mac dan pastinya wang yang dimenangi dapat mengubah kehidupan beliau.

Sebelum itu, tiga pendengar lain berjaya memenangi wang tunai RM1,000 apabila berjaya meneka satu nama dengan betul.

Mereka adalah Zureha Harun dari Taman Putra Damai, Lembah Subang, Petaling Jaya, Zulkifli Kardi dari Kampung Hj. Ghafar, Batu 6, Yong Peng, Johor, dan Norsuriati Mohamad dari Lembah Keramat, Kuala Lumpur. Kuiz yang dianjurkan merupakan tanda penghargaan pihak Suria Fm kepada pendengarnya selain merupakan satu bentuk promosi untuk memperkenalkan lagi stesen Radio yang diikenali dengan tagline 'Muzik Terbaik Tanpa Henti' di mata umum.

Kuiz seumpama ini akan diadakan lagi sekitar bulan Jun tahun ini.

Sementara itu, siri jelajah Road Tour Lelong Amal Suria fm akan ke utara, pada 28 Mac ini di Village Mall, Sungai Petani bermula pukul 4 petang dan pada 29 Mac di Taiping Central bermula jam 3 petang.

Selain penyampai Suria Fm, barisan artis popular seperti Bandi Amuk, Farawahida, Diddy, Alya, kumpulan Divine Master, Azizi dan ramai lagi akan menghiburkan pengunjung disamping melelong barang peribadi mereka untuk disumbangkan ke Pusat Perlindungan Pernim. Orang ramai dijemput hadir.

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan