Yana pertama kali pakai rambut palsu dalam 3 Janda

Diterbitkan: Jumaat, 20 Mac 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Yana (kiri) bersama pelakon utama drama rantaian 3 Janda, Rozita Che Wan (tengah) dan Lisa Surihani.
Yana (kiri) bersama pelakon utama drama rantaian 3 Janda, Rozita Che Wan (tengah) dan Lisa Surihani.

LAKONAN pelakon Norliana Samsudin dalam drama rantaian 3 Janda yang akan disiarkan pada 22 April depan mungkin menimbulkan kejutan buat penonton apabila melihat gayanya sebagai janda.

Liana atau Yana bukan sahaja memegang status janda, malah dia juga perlu membawakan watak yang berbeza dari dirinya sehingga pengarahnya, Nor Jauza Rasidi atau Joeza bimbang dengan keadaan Yana.

Menurut Yana, dia perlu berhias lebih cantik dan menarik selepas bercerai dengan suaminya untuk memikat hati seorang lelaki berstatus ‘Tan Sri’.

“Dalam drama ini, saya perlu mengenakan rambut palsu ‘blonde’ dan menukar rambut palsu saya sebanyak tiga kali.

“Memandangkan ini merupakan kali pertama saya mengenakan rambut palsu, jadi saya rasa seperti memakai topi keledar pula.

“Oleh sebab itu, semasa berdialog, saya perlu cakap berhati-hati. Pada hari pertama itu agak janggal juga tetapi lama-kelamaan saya dah ok,” kata Yana yang masih menjalani pengambaran drama tersebut sehingga April depan.

Bukan itu sahaja, Yana berkata dia juga berasa janggal apabila melakonkan babak tidur di atas katil bersama dua pelakon lelaki yang memegang watak sebagai suaminya.

“Dalam drama ini, saya akan berkahwin dua kali iaitu salah seorangnya adalah Shaharudin Tamby.

“Saya berasa janggal sebab berlakon dengan orang yang saya tak biasa. Kalau saya dah kenal pelakon itu, mungkin saya tak kekok.

“Jadi, saya buat semua ini kerana karektor,” tutur Yana.

Jelas Yana, selepas berlakon dalam drama terbitan MIG Beats Sdn. Bhd. ini, dia banyak mengetahui dan lebih memahami tentang sebab seseorang wanita itu bergelar janda.

Bercerita mengenai sedikit perwatakannya sebagai Suria Zambri, Yana berkata Suria merupakan seorang yang manja, liar dan nakal, suka bergaya lebih, suka barang berjenama dan boros.

Drama 13 episod ini mengisahkan tentang tiga wanita dalam dunia metropolitan menduga kekuatan diri dan matlamat hidup.

Mereka datang dari keturunan yang sama. Mereka tiga bersaudara yang sama didikan namun berbeza pendirian dan penampilan.

Ini kisah kehidupan tiga beradik iaitu Kartika (Rozita Che Wan), Intan (Lisa Surihani) dan Suria yang akhirnya mengalami nasib bergelar janda.

3 Janda turut dilakonkan oleh pelakon terkenal seperti Farid Kamil, Awal Ashaari, Khaty Fuziah dan Abu Bakar Omar.

Drama ini akan menggantikan drama episod Mertua Vs Menantu dalam slot yang sama mulai 22 April di Astro Prima (saluran 105), setiap Rabu, pukul 10 malam.

Belum tiba masa mengarah filem kedua

Dalam perkembangan lain, Yana yang akan mengarah filem keduanya, Cinta Alam Maya baru selesai pengambaran drama bersiri Bionik terbitan KRU.

Kata Yana, drama yang bakal ditayangkan menerusi slot Aksi di TV3 itu menceritakan tentang robot yang bertubuhkan separuh manusia.

“Saya berlakon sebagai ‘geng jahat’ bersama Aliah Lee, dan Jason Chong manakala ‘geng baik’ pula dilakonkan oleh Kamal Adli, Fizow Omar, Intan Ladyana dan Tam,” beritahunya yang bersyukur kerana rezekinya dalam bidang seni agak bagus pada tahun ini.

Selain menantikan drama 3 Janda dan Bionik, Yana juga ditawarkan berlakon telefilem Lulu untuk Astro.

Disebabkan tawaran yang tidak berhenti ini, Yana berkata dia agak sukar untuk memulakan pembikinan filem Cinta Alam Maya.

“Masa agak ‘fix’ sebab itu saya belum dapat mulakan filem Cinta Alam Maya.

“Saya rasa lebih yakin untuk mengarah filem ini selepas tamat belajar dalam jurusan Ijazah Seni Layar di Universiti Teknologi Mara (UiTM), Shah Alam pada bulan Disember lalu.

“Lagipun, saya tak perlu terkejar masa untuk membuat filem itu dan mengikut pengalaman semasa saya belajar dulu,” jelas Yana yang terpaksa melupakan niatnya sementara waktu untuk menyambung pengajiannya dalam peringkat Sarjana.

Kata Yana, walaupun terpaksa menahan cemburu dengan rakan-rakan yang menyambung pengajian mereka, dia tetap menanam niatnya untuk menyambung pengajiannya dalam bidang yang sama jika berpeluang.

Gadis berusia 25 tahun yang pada mulanya bercita-cita sebagai editor ini juga tidak menyangka dirinya sudah berada di kerusi pengarah sebelum menamatkan pengajian sebelum ini.

Filem Selamat Pagi Cinta merupakan filem pertama arahannya.

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan