RTM-TVRI perkemas 'Warta Serumpun'

Diterbitkan: Jumaat, 20 Mac 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Menteri Penerangan ini turut membincangkan siaran iklan dalam Warta Serumpun.
Menteri Penerangan ini turut membincangkan siaran iklan dalam Warta Serumpun.

JAKARTA: Radio Televisyen Malaysia (RTM) dan Televisi Republik Indonesia (TVRI) akan memperkemas program berita bersama "Warta Serumpun" yang kini menjadi model untuk program serupa dengan negaranegara Asean yang lain.

Menteri Penerangan Datuk Ahmad Shabery Cheek berkata beliau telah memulakan perbincangan awal dengan rakan sejawatannya di Indonesia Prof Dr Muhammad Nuh mengenai usaha untuk memperkemaskan warta berita selama setengah jam, yang mula disiarkan pada 17 Ogos lepas sempena kemerdekaan ke-63 Indonesia. "Saya difahamkan TVRI juga akan menjadikan Warta Serumpun model serupa dengan negaranegara Asean yang lain. Jadi kita akan memperkemas untuk diselaraskan," katanya kepada Bernama di sini, Rabu.

Ahmad Shabery berada di sini menyertai delegasi Malaysia dalam perbincangan pada Perundingan Tahunan Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dengan Presiden Indonesia Susilo Bambang Yudhoyono semalam.

Menteri Penerangan itu berkata antara yang akan diperkemaskan ialah waktu siarannya yang tidak lagi semestinya pada malam hari tetapi boleh disiarkan waktu siang, masa siaran dipanjangkan dari setengah jam sekarang menjadi satu jam serta penambahan kandungan siaran. Bagaimanapun, katanya perbincangan lanjut belum dapat diadakan sekarang kerana Indonesia sedang sibuk dengan pilihan raya umum yang akan diadakan pada 9 April ini.

"Saya juga sempat berbincang dengan Muhammad Nuh mengenai siaran iklan dalam Warta Serumpun," katanya, sambil menambah kata bahawa iklan-iklan berkaitan pelancongan keduadua negara boleh disiarkan dalam program berita dua negara itu.

"Untuk sekarang kita setuju iklaniklan berlatar belakangkan aspekaspek pelancongan keduadua negara, yang selamat dan bagus untuk mengeratkan hubungan dua hala. Jadi kalau ada hotel dan produk pelancongan nak adakan iklan kita boleh tampung," katanya.

Katanya iklan bagi produkproduk lain belum dapat dimuatkan kerana ada beberapa elemen sensitiviti yang mungkin boleh diterima di Indonesia tetapi tidak di Malaysia atau sebaliknya, termasuklah segi penampilan dan model dalam iklan.

Selain itu, RTM dan TVRI juga akan mengadakan penerbitan program bersama untuk menampilkan keakraban hubungan kedua-dua negara, khususnya yang melibatkan hubungan antara rakyat, hubungan perdagangan dan pelaburan, hubungan seni dan budaya.

"Hal ini disebut sendiri oleh Presiden Susilo pada perundingan tahunan itu dan kita (RTM dan TVRI) akan berperanan proaktif dengan menerbitkan program bersama yang akan membuka minda dan perspektif sejarah yang tepat untuk manfaat rakyat keduadua negara khasnya generasi muda," kata Ahmad Shabery.BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Kolumnis

iklan

Iklan