Julia Roberts muak dengan sikap paparazi

Diterbitkan: Jumaat, 20 Mac 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Aktres Julia Roberts bosan dan muak dengan sikap paparazi yang selalu menghantui hidupnya.
Aktres Julia Roberts bosan dan muak dengan sikap paparazi yang selalu menghantui hidupnya.

AKTRES terkenal Hollywood Julia Roberts menyalahkan paparazi menghancurkan kehidupan glamor Hollywood kerana menyingkap kisah 'dalam kain' mereka.

Roberts berkata peminat-peminat tahu segala-galanya tentang bintang kesayangan hinggakan hilang sudah magis yang dicipta dalam filem lakonan mereka.

"Sungguh tidak bermakna sekali apabila kita mencipta sesuatu yang magis dalam filem tiba-tiba paparazi membongkar segala-galanya tentang kisah peribadi kita.

"Magis ini hilang begitu saja apabila bintang-bintang filem ini dapat 'dilihat' oleh orang ramai setiap saat dan ketika di dalam bentuk bahan bacaan," kata Julia.

Roberts juga mengaku pernah membaca gosip tentang dirinya di tabloid tetapi memberhentikan habit buruk itu serta merta.

"Satuw aktu dulu saya suka membaca bahan-bahan yang disajikan dalam tabloid tetapi sekarang tidak lagi.

"Saya jadi bosan seperti memakan cheeseburger yang besar sekali. Separuh jalan, awak rasa mual dan berhenti. Begitulah yang saya rasa...," kata ibu kepada sepasang kembar ini.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan