Jihan Raja Lawak kembali sebagai juruteknik MBSA

Diterbitkan: Jumaat, 20 Mac 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Jihan sewaktu melakukan persembahan di peringkat akhir Raja Lawak musim ketiga yang menobatkannya sebagai naib juara baru-baru ini.
Jihan sewaktu melakukan persembahan di peringkat akhir Raja Lawak musim ketiga yang menobatkannya sebagai naib juara baru-baru ini.

TIDAK berapa lama dulu, populariti satu-satunya pelawak wanita, Jihan begitu memuncak semasa Gelanggang Akhir Raja Lawak. Kini setelah tamatnya rancangan itu, semuanya balik seperti sediakala bagai debu ditiup angin.

Jihan sudah mula kerja seperti biasa sebagai juruteknik di MBSA dan rutin hariannya juga tidak banyak berubah, semuanya kembali asal.

"Semuanya kembali seperti biasa. Peminat-peminat saya kalau adapun hanya macik, pacik dan budak-budak. Takde lah yang kerumun saya....," kata Jihan merendah diri.

"Cuma kalau di tempat kerja tu, adalah beberapa orang yang ingin mengambil gambar bersama. Tu saja.

"Lagipun, saya tak berapa fikir sangat pasal populariti. Yang penting bagi saya ialah mengasah bakat supaya dapat membaikki taraf hidup dan membantu keluarga," jelas Jihan.

Anak jati Shah Alam yang juga merupakan satu-satunya anak perempuan di dalam adik beradik seramai empat orang, masih bersyukur yang kejayaan ditempanya datang seperti kilat dengan tidak disangka-sangka.

"Ada juga yang tanya kenapa saya tidak naik motor (motor yang saya menang tu).

"Saya hanya tersenyum saja sebab duit dan motor pun saya tidak dapat lagi," kata Jihan yang kini sibuk menghadiri latihan untuk penyanyi latar dan pelakon sambilan untuk pementasan teater 'Mahsuri.'

Dengan kemenangannya sebagai Naib Juara Raja Lawak, Jihan atau nama sebenarnya Nuur Jihan Musa membawa pulang motosikal Naza Blade 250R, wang tunai RM14,000, barangan elektrik dan trofi sumbangan Astro.

Jihan yang kini artis Maestro Records, menyerahkan segala urusan kepada pihak pengurusan.

"Mereka ada berbincang dengan saya beberapa kali tapi setakat ini belum ada apa-apa lagi. Jadi saya teruskan saja kerja saya," jelas Jihan yang mula meminati bidang teater sejak lepasan sekolah lagi.

Kata gadis genit ini, mula asalnya jiwa dia lebih tertarik dengan bidang tarian.

"Saya memang suka sangat menari tapi saya sedar yang ketinggian saya kurang mencukupi jadi saya cuma belajar suka-suka saja.

"Dari situlah, saya beralih ke bidang teater dan memasuki 'Sanggar Teater Fauziah Nawi' (STEFANI) pada 2004.

"Mulai dari situlah, minat saya menjadi-jadi ke arah teater. Jihan sudah mengambil bahagian dalam enam pementasan setakat ini.

Antaranya ialah Lorong Blues, KLku dan Malam 7 drama 7 Duri. Namun kata Jihan, pengalaman yang paling berharga ialah ketika berlakon monolog dalam Malam 7 drama 7 duri.

"Saya banyak dapat komen positif selepas lakonan saya dalam teater ini.

"Tambahan pula, watak yang diberi agak berat iaitu kisah banduan wanita yang bunuh suami," jelas Jihan yang tidak menolak andaikata ada tawaran untuk berlakon drama atau filem.

Untuk ketika ini, Jihan berkata dia akan tetap dengan kerjanya di MBSA tambahan pula peluang seninya masih samar-samar.

"Tengoklah macam mana nanti. Masa depan saya penting dan pekerjaan yang stabil juga sama penting. Biarlah dulu, kalau sampai masanya nanti, saya akan buat keputusan," kata gadis berusia 26 tahun ini.

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan