Geng: Pengembaraan Bermula kumpul RM6.011 juta dalam 5 minggu

Diterbitkan: Jumaat, 20 Mac 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

DALAM tempoh lima minggu, filem Geng: Pengembaraan Bermula setakat ini berjaya mengumpul sebanyak RM6.011 juta.

Menurut pengarahnya, Mohd. Nizam Abd. Razak, filem ini masih ditayangkan di 40 buah pawagam seluruh negara sehingga 25 Mac depan.

Bagaimanapun, Nizam yang sebelum ini mensasarkan Geng: Pengembaraan Bermula mengutip RM8 juta hingga RM10 juta menjangka agak mustahil untuk filem ini mencapai kutipan itu setakat ini.

Memandangkan minggu ini merupakan minggu cuti sekolah, Nizam berkata terdapat beberapa buah pawagam masih ‘penuh’ dengan penonton filem berkos RM4.2 juta ini.

“Alhamdulillah, filem ini turut mendapat tumpuan ramai penonton bukan Melayu seperti ramai bangsa India di Bukit Raja dan ramai bangsa Cina di Kepong sehingga keseluruhannya berjaya mencecah 770,000 penonton.

“Itupun kita anggap sebagai suatu pencapaian yang besar sebab Finas beritahu jika mendapat 500,000 penonton pun sudah bagus.

“Maknanya, filem ini berjaya menarik minat penonton pelbagai bangsa di Malaysia dan bukannya golongan Melayu sahaja,” ulas Nizam ketika dihubungi semalam.

Tambahnya, filem yang bakal ditayangkan di 50 buah panggung di Indonesia pada September ini sebelum itu akan menemui penonton di Brunei pada Jun.

“Kita sasarkan filem ini mengutip RM0.5 juta di Indonesia.

“Sekarang ini, kita masih lagi menunggu jawapan untuk tayangkan di Singapura dan India.

“Pada Ahad ini, saya akan ke Hong Kong sebab di sana ada ‘Hong Kong film market’ untuk mencari ‘regional distributor’ termasuk Thailand,” kata Nizam.

Jelasnya, walaupun filem ini sudah berjaya mengutip lebih RM6 juta, namun tidak semestinya mereka boleh 'goyang kaki' kerana sebahagian daripada hasil kutipan ini perlu dikongsi dengan pihak pawagam.

“Nampak macam banyak, tetapi kami dapat sedikit sahaja. Sekarang, kita cuba bergantung kepada ‘TV right’.

“Kita juga yakin jika hendak ke negara ‘regional’ dan menunggu untuk ke luar negara pula.

“Misalnya, kita juga mendapat permintaan di Turki, Amerika Syarikat, Argentina, Chille tetapi bukan untuk ‘release’ filem tetapi pergi ke ‘TV right’.

“Negara-negara ini mengetahui tentang produk kami menerusi pasaran audio dan visual.

“Pada bulan April dan Oktober ini, kita akan jual 'Upin dan Ipin The Series' dan 'Geng',” beritahunya.

Apa yang penting, mereka dapat mengumpul pengetahuan untuk meningkatkan mutu filem seterusnya.

Belum pecah rekod filem Melayu

Dalam pada itu, ketika diajukan adakah filem terbitan Les' Copaque Production Sdn. Bhd. ini sudah memecahkan rekod filem Melayu, Nizam berkata:

“Kami belum pecah rekod filem Melayu lagi kerana filem ini masih belum mengatasi rekod kutipan filem Lagi-Lagi Senario iaitu RM6.33 juta.”

Nizam turut menganggap filem ini masih mampu memanggil penonton ke pawagam walaupun negara sedang mengalami krisis ekonomi yang teruk.

“Kalau cerita dan pasarannya bagus tidak mustahil jika filem kita boleh dapat kutipan RM10 juta,” akhirinya.

iklan

Video

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Jumaat, 13 Oktober 2017 2:30 PM

Ruhainies Bersedia Untuk Berkeluarga

Kolumnis

iklan

Iklan