Diberi watak 'supermodel' kalau badan berisi - Berita Hiburan | mStar

Diberi watak 'supermodel' kalau badan berisi

Diterbitkan: Jumaat, 20 Mac 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Mischa hanya akan dapat watak 'supermodel' kalau dia boleh tambah berat badannya.
Mischa hanya akan dapat watak 'supermodel' kalau dia boleh tambah berat badannya.

AKTRES yang pernah membintangi drama 'OC,' Mischa Barton telah diarahkan menambah berat badan atau berhadapan dengan kehilangan watak untuk sebuah program TV.

Barton telah bersetuju untuk membawa watak 'supermodel' dalam drama keluaran CW "A Beautiful Life."

Dia telah dipaksa menaikkan berat badannya oleh ketuanya yang risau dengan badannya yang kurus kering akan menjadi contoh tauladan yang buruk bagi remaja.

"Pihak penerbit tahu yang sasaran utama program ini adalah golongan remaja. Jadi adalah penting utnuk tidak memberi mesej yang salah.

"Mischa akan mendapat memainkan watak supermodel seandainya dia bersetuju dengan syarat kita," kata satu sumber dari siaran TV itu.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan