Nicholas Cage contoh terbaik 'ayah tunggal'

Diterbitkan: Khamis, 19 Mac 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Cage menjadi contoh 'bapa tunggal' dalam filem terbarunya 'Knowing.'
Cage menjadi contoh 'bapa tunggal' dalam filem terbarunya 'Knowing.'

AKTOR Hollywood Nicholas Cage akan menjadi contoh kepada semua ayah tunggal didalam filem terbarunya, "The Knowing'.

Pemenang Anugerah, yang juga seorang ayah tunggal kepada anak lelaki berusia 18 tahun bernama Weston, begitu yakin dapat membuktikan yang ayah tunggal juga mampu membesarkan anak-anak tanpa belaian seorang ibu.

Dalam 'The Knowing', Cage membawa watak seorang duda yang mempunyai seorang anak bijak yang dapat mengagak semua bencana yang akan datang.

"Saya telah menonton banyak filem berkisar ibu tunggal dan anak-anaknya. Semuanya bagus tapi jarang sekali filem berkisar tentang ayah tunggal," kata Cage.

"Ramai orang membuat persepsi yang kalau kita ayah tunggal, kita tidak boleh membesarkan anak.

"Jika sesiapa sedang berhadapan dengan persepsi seperti ini, nasihat saya jangan putus asa," kata Cage.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan