"Meow... Belai Si Comel bersama Friskies®”

Diterbitkan: Khamis, 19 Mac 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Program sebanyak 8 episod ini akan disiarkan di TV3, setiap Sabtu 12.30 tengah hari mulai 21 Mac 2009, dan dihoskan oleh Raja Azura, pengacara dan penghibur versatil di Malaysia.
Program sebanyak 8 episod ini akan disiarkan di TV3, setiap Sabtu 12.30 tengah hari mulai 21 Mac 2009, dan dihoskan oleh Raja Azura, pengacara dan penghibur versatil di Malaysia.

FRISKIES di atas dasar keprihatinannya terhadap kebajikan kucing, terutamanya kucing terbiar bekerjasama dengan SPCA dan TV3 buat julung kalinya bagi menerbitkan sebuah rancangan realiti kucing yang pertama di Malaysia, ‘Meow... Belai Si Comel Bersama FRISKIES®.

Program sebanyak 8 episod ini akan disiarkan di TV3, setiap Sabtu 12.30 tengah hari mulai 21 Mac 2009, dan dihoskan oleh Raja Azura, pengacara dan penghibur versatil di Malaysia.

“Program ‘Meow... Belai Si Comel Bersama FRISKIES® merupakan satu komitmen FRISKIES® untuk bekerjasama dengan SPCA bagi meningkatkan kesedaran tentang tanggungjawab sebagai seorang pemilik binatang peliharaan.

Ia juga bertujuan untuk meringankan beban SPCA dengan mengumpul dana melalui pek kebajikan FRISKIES® dan undian SMS para penonton. Melalui program ini kita dapat melihat bagaimana para peserta memberikan kasih sayang dan keprihatinan tanpa batasan kepada kucing terbiar yang diambil dari SPCA.

Atas keikhlasan hati mereka, ganjaran sebanyak RM10,000 bakal menanti pemenang utama,“ kata Tim Wilson, Pengurus Perniagaan Negara (Country Business Manager), Purina PetCare Sdn. Bhd.

Berbeza dengan pertandingan kucing yang lain, ‘Meow...Belai Si Comel Bersama FRISKIES® memerlukan sepenuh komitmen dari peserta yang sanggup memelihara dan menjaga anak kucing terbiar yang diambil dari SPCA seawal bulan-bulan pertama kelahiran kucing tersebut.

Peserta program dipilih menerusi uji bakat yang dijalankan di dua lokasi berasingan iaitu di Giant, Seksyen 13, Shah Alam pada 7-8 Februari 2009 dan di Giant Kota Damansara pada 14-15 Februari 2009.

Hampir 100 orang menyertai sesi uji bakat namun hanya 6 orang sahaja yang terpilih berdasarkan minat dan kesungguhan mereka untuk merealisasikan cabaran ‘Meow…Belai Si Comel Bersama FRISKIES®.

Mereka ialah Suriana Bt Soria (Sue), Izawati Muhammad (Iza), Sharifah Zuria Bt Syed Abu Bakar Sidik (Sha), Syazwan Khairuddin (Wan), Mohd Kamell Bashah B Hj Ibrahim (Kamell), dan peserta paling veteran Zuraidah Bt Darus atau lebih dikenali sebagai, Mama.

Keenam-enam peserta yang terpilih mempunyai latar belakang yang berbeza dan sememangnya sanggup memelihara kucing-kucing terbiar dari SPCA bukan atas dasar ganjaran, tetapi kerana keikhlasan hati mereka.

Dalam episod pertama, kesemua 6 peserta akan diberi seekor anak kucing dari SPCA dan mereka akan bertanggungjawab untuk membelai si comel tersebut sebaik mungkin sehingga tahap matang.

Puan Iswati Ishak, Penerbit Eksekutif Pepper Media, menerangkan “Sepanjang siri ini, Pepper Media Sdn Bhd selaku penerbit akan berusaha merakamkan gelagat setiap peserta dan keluarga masing-masing ketika memelihara dan menjaga kucing ‘angkat’ mereka.

Di samping itu kami berharap program ini akan menjadi titik tolak untuk menimbulkan minat khalayak ramai supaya turut sama memelihara kucing-kucing terbiar.”

Pelbagai cabaran akan dihadapi setiap peserta mulai episod 2 hingga episod 6 untuk memastikan siapakah 3 finalis yang bakal muncul di episod terakhir.

Peserta yang berjaya menjaga kucing mereka dengan baik dan mengikut kriteria-kriteria yang ditetapkan akan diumumkan sebagai pemenang hadiah utama berdasarkan penilaian juri profesional.

Selain juri profesional, peserta juga berpeluang untuk bergelar pemenang melalui undian SMS yang akan dibuka bermula episod 2.

Menerusi undian SMS, RM 0.15 akan disalurkan kepada SPCA bagi setiap SMS yang diterima untuk menampung perbelanjaan kucing-kucing terbiar yang masih berada di bawah penjagaan SPCA.

Di samping berpeluang berkongsi pengalaman membelai kucing peliharaan dengan selebriti tanah air seperti Adibah Noor, Nora, Jue Aziz, Ikhwan HotFM, Azfar OIAM, Dr. Fazley dan Farah Asyikin OIAM, program ini juga akan memberikan penonton maklumat dan tips penjagaan kucing yang lebih teratur dan tepat dari pakar veterinar SPCA.

Penggemar-penggemar kucing yang lain di luar sana juga boleh beramal dengan FRISKIES® kerana dengan setiap pembelian pek kebajikan FRISKIES®, RM0.50 akan didermakan terus kepada SPCA di samping menerima sehelai selimut kucing FRISKIES®. Terdapat 7 rekaan eksklusif untuk dikumpulkan.

Hadiah yang bakal menanti peserta bertuah ialah RM10,000 bagi hadiah utama, RM5,000 untuk tempat kedua dan RM3,000 bagi tempat ketiga. Selain dari wang tunai, pemenang juga akan menerima bekalan makanan kucing daripada FRISKIES® selama setahun.

Makanan kucing FRISKIES® adalah hasil usaha para penyelidik dan juruteknik yang mahir dalam penghasilan rumusan makanan kucing di empat buah Pusat Penyelidikan dan Pembangunan Produk bertempat di Amerika Syarikat, Switzerland, Perancis dan Australia.

Ramuan semulajadi FRISKIES® dipilih dengan teliti, dikisar dan dimasak menggunakan process stim untuk mengekalkan rasa semula jadinya bagi memastikan Si Comel mendapat semua nutrien yang diperlukan untuk kehidupan yang riang dan sihat.

Produk-produk FRISKIES® telah diperakui oleh Association of American Feed Officials (AAFCO) dan Majlis Penyelidikan Kebangsaan (NRC), mengandungi nilai makanan 100% khasiat lengkap untuk tumbesaran dan kesihatan semua baka kucing untuk seluruh jangka hayat mereka, juga dihasilkan dalam perisa yang disukai kucing.

iklan

Video

Isnin, 23 Oktober 2017 4:10 PM

Kiriman Akhir Sebelum Karam

Isnin, 23 Oktober 2017 2:30 PM

Mona Bukan Kehidupan Saya - Shahir

Isnin, 23 Oktober 2017 1:31 PM

Tragedi Tanah Runtuh: Semua Mayat Dijumpai

Isnin, 23 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Aizat Amdan Tak Lupa Dua Benda Ini!

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Kolumnis

iklan

Iklan