Salma tidak mampu sembunyikan rasa bahagianya lagi

Diterbitkan: Rabu, 18 Mac 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Salma Hayek ternyata cukup bahagia dengan perkahwinan barunya.
Salma Hayek ternyata cukup bahagia dengan perkahwinan barunya.

SALMA Hayek sudah tidak mampu menyembunyikan rasa riangnya lagi, tambahan pula riak-riak gembira jelas tertera di wajah jelitanya sejak akhir-akhir ini.

Aktres yang sedang menikmati alam rumahtangga setelah perkahwinan bahagianya dengan hartawan Francois-Henri Pinault, yang juga ayah kepada anak perempuannya, Valentina.

"Sepatutnya saya tidak beritahu sesiapa tapi saya tidak mampu menyembunyinya lagi. Baju gaun yang mendapat pujian di Golden Globes baru-baru ini adalah pilihan Francois. Francois adalah pereka fesyen saya," kata Salma penuh teruja.

Kehebatan Francois sebagai pereka fesyen mula menjadi tajuk perbualan setelah Salma memberitahu pihak media.

Tapi perkara ini tidak menghairankan kerana Francois adalah CEO kepada empire fesyen PPR yang mencecah berbilion ringgit dan merangkumi jenama mewah dan eksklusif seperti Balenciaga, Gucci dan YSL.

"Semuanya bermula pada Krismas lalu apabila saya memberitahu Francois yangs aya perlu memilih baju untuk anugerah Golden Globes. Jadi Bottega Veneta telah menghantar beberapa rekaannya dan Francois bekerjasama dengan pereka fesyen Tomas Maier. Dan itulah hasilnya," kata ibu jelita ini.

Ditanya bagaimana kegembiraannya ketika ini?

"Dialah lelaki terbaik yang pernah saya jumpai. Melihat dia bermain dengan Valentina sudah cukup membahagiakan saya," kata Salma yang akan membintangi sebuah filem vampire "Cirque du Freak."

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan