Ashraff - Bunga kepingin timang cahaya mata

Diterbitkan: Rabu, 18 Mac 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Pasangan bahagia ini kepingin sekali menimang cahaya mata.
Pasangan bahagia ini kepingin sekali menimang cahaya mata.

JIKA ditelusuri jalan cerita filem Saus Kacang, para penonton berpeluang menyelami mesej tersirat filem itu - cinta sejati bukannya main-main.

Cinta sebenarnya bersifat luhur, abadi dan segar sepanjang masa. Jelas sekali, ia bukannya terhad dalam `tempoh percutian (sementara)’ semata-mata.

Meminjam kata-kata watak utama, Fredo (Ashraf Sinclair) kepada kekasih hatinya, Devi (Bunga Citra Lestari) dalam filem tersebut: "Cinta itu adalah suatu keajaiban."

Seperti pengakhiran filem arahan Indrayanto Kurniawan itu yang mempertemukan hati dua sejoli itu, selebriti Ashraf hakikatnya telah diijabkabulkan dengan Bunga November tahun lalu.

Sebagaimana impian setiap pasangan hidup, Ashraf dan Bunga turut berharap menimang cahaya mata sebagai satu lagi 'keajaiban' yang melengkap dan menyerikan kehidupan mereka.

"Insya-Allah, kalau kami diberikan rezeki, kami menerimanya (dengan penuh kesyukuran). Diikutkan hati, saya memang inginkan anak.

"Tetapi dalam lafaz doa saya, saya percaya Tuhan akan memberikan apa-apa yang terbaik buat kami berdua. Bila ada bayi, itu adalah masa yang paling sempurna," akui Ashraf.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas tayangan Saus Kacang di Tanjong Golden Village KLCC baru-baru ini.

Ashraf yang juga pemegang watak Eddy dalam Gol & Gincu berkata, beliau dan isterinya tidak mempunyai perancangan tetap buat masa ini.

Namun pada masa yang sama, katanya, mereka akan mengikut aliran kehidupan yang ditakdirkan Allah Subhanahu Wataala (go with the flow).

"Oleh itu, kami akan terus bekerja," ujarnya yang jelas berpegang teguh kepada prinsip manusia hanya merancang, tetapi Tuhan yang menentukannya.

Kepada satu soalan pemberita, pelakon berdarah kacukan British dan Melayu itu berkata, beliau telah pun berpacaran (berkasih-kasihan) dengan Bunga sebelum penggambaran filem menarik itu bermula.

Filem Saus Kacang melakar sejarah apabila menggabungkan pasangan suami-isteri Ashraf dan Bunga julung kali di layar perak.

Mengimbas kembali tawaran Indrayanto kepadanya untuk membintangi filem tersebut di Indonesia, Ashraf mengakui teruja untuk merebut peluang itu.

Sudah terang lagi bersuluh, faktor penariknya ialah buah hatinya, Bunga.

"Ia adalah peluang keemasan. Memang bertuah kerana dapat membuat penggambaran di Indonesia selain dapat berjumpa dengan Bunga," ujarnya.

Beliau menambah, faktor lain ialah jalan cerita filem itu yang menarik, santai dan menghiburkan.

Bagaimana pula dengan pandangan pengarah dan prosuder Saus Kacang, Indrayanto Kurniawan terhadap Ashraf dan Bunga?

Menurut Indrayanto, watak Dewi memang disediakan khas untuk Bunga yang jelita itu.

"Aktor lelaki adalah untuk lelaki bukan orang Indonesia. Dari Korea, Singapura atau Malaysia. Ternyata, Bunga berpacaran dengan Ashraf (memudahkan pencarian aktor lelaki tersebut)," jelas beliau.

Mengenai kesesuaian Ashraf membintangi watak Fredo, beliau berkata: ``Ashraf itu cool dan pendiam, tetapi karektor Fredo itu adalah sedikit over-expressive.

"Namun, Ashraf ialah pelakon yang baik kerana dia bisa keluar daripada peribadinya (dapat mengadaptasikan diri dengan baik untuk membawa watak)," katanya.

Secara berseloroh, tambahnya, beliau dan krew senang bekerja dengan pasangan tersebut kerana sangat profesional dan tidak berpacaran di tempat produksi.

Pun begitu, Bunga berkongsi sedikit-sebanyak `kesukaran’ berlakon bersama-sama dengan suami tersayang.

Katanya, misalnya, beliau tidak sampai hati untuk menampar Ashraf sebagai sebahagian daripada keperluan skrip filem itu.

"Adegan tampar itu perlu diulangi sebanyak lima kali. Sehinggakan produser melenting... Bunga.. Devi, bukannya Bunga.

"Jangan kesian Ashraf. Dia ialah Fredo. Anda sepatutnya sangat marah kerana dia melukai hati anda," katanya sambil menambah beliau meminta maaf sebelum menampar suami kesayangannya.

Bunga berterima kasih kepada krew dan produser yang sentiasa mengingatkan mereka berdua ialah Devi dan Fredo.

Soalan panas. Kepada pasangan selebriti tersebut, bagaimana jika aksi memberahikan perlu dilakukan dengan pelakon lain?

Ashraf berkata, mereka berdua faham akan tanggungjawab masing-masing sebagai pelakon dan penyanyi terutamanya mengenai tuntutan lakonan dalam sesebuah filem itu.

"Sejauh mana ia harus berlaku dalam skrip itu. Apakah kepentingannya? Untuk tunjukkan apa? Apakah mesejnya yang cuba disampaikan?

"Saya tahu itu bukannya saya, ia adalah karakter watak itu," ujarnya.

Isterinya, Bunga pula memberitahu, mereka berdua akan berdiskusi dalam hubungan suami-isteri terlebih dahulu sebelum menerima sesuatu pekerjaan.

"Apakah kepentingan aksi tertentu terhadap keseluruhan skrip filem itu? Batasnya sampai mana? Saya lihat dalam semua senario. Jika tidak ada nilai... tak perlu." katanya.

Berbalik kepada perkembangan terkini pasangan selebriti tersebut, Ashraf memberitahu, beliau baru menghabiskan promosi filem seram, The Real Pocong di Indonesia.

Selain itu, katanya, beliau juga dijadualkan membuat penggambaran drama baru sepenuh masa menjelang akhir bulan ini.

Sementara itu, Bunga berkata, beliau baru selesai melancong di Jakarta, Indonesia.

Menurutnya, buat masa ini, beliau ada menerima tawaran untuk drama dan filem selain membuat promosi album terbarunya berjudul BCL.

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan