Raveena Tandon model 'Timeless Speaking'

Diterbitkan: Isnin, 16 Mac 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PADA saat-saat menjelang Pertunjukan Fesyen Wills, pereka fesyen tersohor Anita Dongre telah menjadikan bintang Bollywood, Raveena Tandon sebagai model untuk koleksi baru bertemakan 'Percakapan Abadi.'

Bintang itu terlibat dalam satu penggambaran foto yang sibuk di Mumbai pada 10 Mac.

Mempamerkan koleksi Dongre yang menonjolkan warisan India, Tandon berkata, ciptaan-ciptaan tersebut adalah untuk semua musim. "Reka ciptanya (Anita Dongre) sangat selesa.

"Setiap perempuan mempunyai zon selesanya, dan pada hemat saya, dia mereka bentuk pakaian mengikut kepelbagaian hati, sama ada barat atau India.

Koleksinya adalah abadi," kata Raveena Tandon. "Anda membeli fesyen ini sekali dalam seumur hidup dan kekal sepanjang masa. Fesyen baru datang dan pergi, masa boleh berubah, tetapi yang ini kekal.

"Ia mempunyai wajah gemilang diraja, klasik dan abadi,'' tambahnya. Anita Dongre berkata, dia sedang bersiap sedia untuk menyertai Minggu Fesyen Wills yang akan berlangsung di New Delhi pada 19 Mac ini.

"Sangat sibuk. Hanya lima hari lagi sebelum saya pergi ke Delhi, saya cuba berusaha untuk menghabiskan semua reka bentuk yang telah difikirkan... dan berlepas pada masanya," kata Dongre. Industri fesyen India sejak kebelakangan ini menjadi semakin terkenal.

Hari ini, ia mendapat tempat dalam kalangan sektor negara yang berkembang pesat. Sejajar dengan peningkatan pendapatan boleh guna dan pendedahan terhadap media barat, jualan keseluruhan industri fesyen dijangka bertambah sekali ganda untuk tahun-tahun mendatang.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan