Datuk Ibrahim Yahya dilantik Ketua Pengarah RTM

Diterbitkan: Isnin, 16 Mac 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

BEKAS pengarang kanan Berita Publishing Sdn Bhd Datuk Ibrahim Yahaya dilantik Ketua Pengarah Jabatan Penyiaran (RTM) mulai hari ini.

Ibrahim, 48, menggantikan Datuk Abdul Rahman Hamid yang kini bertugas sebagai Penasihat Penyiaran Digital kepada Menteri Penerangan sejak 2 Jan lepas, demikian menurut kenyataan Kementerian Penerangan hari ini.

"Pelantikan beliau berdasarkan pengalaman meluas beliau dalam bidang media dan penyiaran," menurut kenyataan itu.

Sebelum ini, Ibrahim memegang jawatan sebagai Penasihat Media kepada Menteri Penerangan. Beliau juga pernah berkhidmat sebagai pengurus ehwal semasa dan penyiaran TV3 dan ketua pengarang berita Berita Harian.

Menurut kenyataan itu, pelantikan Ibrahim adalah sejajar dengan penstrukturan semula Jabatan Penyiaran yang diluluskan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam berkuatkuasa 1 Jan lepas. Mulai 25 Feb lepas, Datuk Norhyati Ismail yang sebelum ini Pengarah Urusan Rancangan TV dilantik sebagai Timbalan Ketua Pengarah (Penyiaran Strategik), menggantikan Datuk Adilah Shek Omar yang kini menjadi Pengarah Institut Penyiaran dan Penerangan Tun Abdul Razak (IPPTAR) yang baru.

Menurut kenyataan itu, pelantikan Adilah bertujuan memperkasakan IPPTAR sebagai institut penyiaran yang dihormati di peringkat antarabangsa.BERNAMA

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan