Astro Awani bawa program bual bicara informasi terkini

Diterbitkan: Isnin, 16 Mac 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Wartawan berpengalaman tidak asing lagi, Dangsuria Zainurdin akan disertai wajah baru Astro AWANI, Faris Hamid, graduan Penyiaran.
Wartawan berpengalaman tidak asing lagi, Dangsuria Zainurdin akan disertai wajah baru Astro AWANI, Faris Hamid, graduan Penyiaran.

DI SEBALIK kesibukan pagi anda dengan pelbagai urusan sama ada bergegas ke tempat kerja, menyiapkan dan menghantar anak ke sekolah hinggalah membuat kerja rumah di samping bersarapan, AWANI Pagi adalah pilihan terbaik rutin anda.

Bermula 16 Mac 2009, Astro AWANI membawakan AWANI Pagi, program bual bicara berita yang penuh informasi terkini menerusi segmen-segmen yang mudah diikuti.

AWANI Pagi bersiaran secara langsung bermula pukul 7 hingga 10 pagi dari Isnin hingga Jumaat. Ia memaparkan Isu Utama, Berita Terpilih serta Tajuk Utama Akhbar, Blog dan Laman Web.

Selain itu, penonton turut dibekalkan perkembangan terbaru dari Bilik Berita Astro AWANI merangkumi laporan padat Pasaran Saham dan Bisnes, Sukan, Hiburan, Kesihatan dan Kecantikan.

Pada jam pertama siaran, golongan eksekutif dan pekerja berpeluang memperolehi berita terpenting dan isu utama sebelum memulakan hari yang penuh mencabar.

Manakala pada jam kedua, program ini memberi fokus kepada diskusi mendalam dan analisis isu yang relevan daripada politik, bisnes hinggalah sukan dan gaya hidup.

Jam ketiga dan terakhir akan merangkumi paparan menarik berkenaan isu wanita dan keluarga, kesihatan dan kecantikan di samping meninjau prestasi pasaran saham seluruh dunia.

“AWANI Pagi akan menjadi pembuka tirai liputan harian (Isnin hingga Jumaat) saluran kami. Kami akan menyediakan laporan berita yang diperlukan oleh para penonton kami, di samping memberi fokus yang lebih mendalam dan berdiskusi tentang topik terpilih lagi penting,” Rozina Aziz, Pengurus Besar Astro AWANI.

“AWANI Pagi adalah siri program terbaru yang kami lancarkan dalam usaha menyediakan berita dan informasi yang relevan kepada penonton.

"Kumpulan editorial kami bekerja sepanjang masa untuk menyediakan laporan yang mendalam, telus, seimbang dan menarik, di samping memaparkan perbincangan mencabar lagi hangat merangkumi liputan 360 darjah terhadap sesuatu isu.”

Pada 9 Mac lalu, Saluran ini melancarkan dua program utama, Agenda AWANI dan Focus Economy.

Maka, apakah perbezaannya AWANI Pagi berbanding program bual bicara pagi yang lain? Tegas Rozina, “Fokus kami lebih terarah kepada berita dan maklumat. AWANI Pagi mencetus dimensi baru program berita dengan gaya penyampaian santai dan menyegarkan.

"Format tiga perantara – AWANI Pagi menampilkan tiga personaliti– untuk tempoh tiga jam ini direka bentuk untuk menyediakan berita secara padat dan tepat dengan gaya penyampaian yang segar dan santai.

"Tajuk berita ringkas serta berita utama disiarkan kerap kali untuk kemudahan penonton mengikuti perkembangan berita terkini.

"Mereka juga berpeluang memperolehi maklumat mendalam tentang isu-isu utama yang dikupas. Pengisian AWANI Pagi akan menentukan agenda liputan berita dan hal ehwal semasa untuk sepanjang hari.” AWANI Pagi menggabungkan tenaga muda dan berpengalaman yang sememangnya menjadi tradisi Astro AWANI.

Ia menampilkan wartawan berpengalaman yang juga Pengarang Kanan, Zaiful Ariffin dan Pengacara-Penerbit yang tidak asing lagi, Dangsuria Zainurdin.

Mereka disertai wajah baru Astro AWANI, Faris Hamid, graduan Penyiaran. AWANI Pagi akan melangkaui program pagi yang lain kerana ia menampilkan diskusi dan analisis isu utama bersama tetamu khas.

Tontonilah Awani Pagi setiap hari bagi mendapatkan informasi padat dan terkini di Astro AWANI.

iklan

Video

Jumaat, 28 November 2014 12:15 AM

Anak Doakan Nurul Wahab Dapat Bayi Kembar

Jumaat, 28 November 2014 12:00 AM

Sejauh Mana Anda Tahu (Bahagian 4)

Khamis, 27 November 2014 2:11 PM

Syabu Dalam Ekzos Bernilai RM4.1 Juta Dirampas

Rabu, 26 November 2014 10:44 PM

Sejauh Mana Anda Tahu (Bahagian 3)

Kolumnis

iklan

Produk Berkaitan

Iklan