13 finalis beraksi dalam America's Next Top Model April ini

Diterbitkan: Isnin, 16 Mac 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Barisan pelakon model yang akan beraksi dalam musim ke-8 America’s Next Top Model bermula 2 April ini di 8TV.
Barisan pelakon model yang akan beraksi dalam musim ke-8 America’s Next Top Model bermula 2 April ini di 8TV.

TYRA Banks kini kembali menemui anda untuk musim ke-8 America’s Next Top Model! Bermula 2 April 2009 jam 10.30 malam, penonton dapat menyaksikan musim terbaru program kegemaran ramai ini secara percuma hanya di 8TV!

“Musim ke-8 ini kembali dengan wajah-wajah baru yang pastinya lebih mencabar. America’s Next Top Model ini berjaya mengumpul pengikut yang ramai dan merupakan salah satu program popular di Hollywood!” ujar Lam Swee Kim, Pengurus Penjenamaan, Pembangunan Perniagaan, Pemasaran dan Komunikasi.

Pertandingan untuk mencari model terbaik akan menyaksikan 13 orang finalis bertanding untuk merebut gelaran juara dan sekaligus memenangi kontrak dengan jenama kosmetik terkenal Maybeline bernilai $100, 000!

Tampil dengan tema “Welcome to the jungle, kesemua peserta perlu memberikan persembahan terbaik sebelum berhadapan dengan juri-juri antaranya Tyra Banks, Twiggy, Nigel Barker, J.Alexander (Miss J) dan beberapa juri jemputan.

Selain memenangi kontrak bernilai $100, 000 dengan barangan kosmetik Maybeline, pemenang juga berpeluang untuk menjadi gadis muka depan bagi majalah Seventeen.

Mereka juga akan memulakan kerjaya mereka bersama agensi model terkemuka iaitu Elite Model Management.

Seramai 33 orang peserta akan dihantar ke Los Angeles dan mereka akan diuji oleh Jay Manuel dan J.Alexander (Miss J) dalam beberapa sesi fotografi dan ujian berkenaan dengan fesyen.

Mereka kemudiannya akan dibawa berjumpa dengan Tyra untuk sesi temuduga. Beberapa peserta yang berjaya menarik perhatian ialah Micheline – seorang gadis yang memiliki lebih 20 tatoo di badannya dan Natasha – seorang gadis 18 tahun yang berkahwin dengan lelaki yang berusia 40-an .

13 finalis yang bakal beraksi ialah Brittany (21), Cassandra (24), Diana (21), Dionne (20), Felicia (19), Jael (22), Jaslene (20), Kathleen (20), Natasha (21), Renee (20), Samantha (19), Sarah (20) and Whitney (21).

Rata-rata peserta America’s Next Top Model musim ke - 8 merupakan pelajar kolej berumur 19 – 24 tahun yang berasal dari The Golden State.

Jangan lupa untuk menyaksikan musim ke-8 America’s next Top Model secara PERCUMA bermula 2 April 2009 jam 10.30 malam hanya di 8TV. Anda juga dapat menonton 8TV melalui saluran 708 Astro anda!

Anda kini dapat menonton program kegemaran anda melalui telefon bimbit dengan melayari ke www.mobile.8tv.com.my. Selamat menonton!

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Kolumnis

iklan

Iklan