Julia seksi kerana Pierre

Diterbitkan: Ahad, 15 Mac 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Julia melakonkan watak Natasya iaitu isteri kepada Kamal (Pierre).
Julia melakonkan watak Natasya iaitu isteri kepada Kamal (Pierre).

SETIAP apa yang dipakai dan dilakukan oleh pelakon dalam filem atau drama pastinya menjadi perhatian penonton termasuklah ‘mini spagheti’ yang tersarung di tubuh aktres Julia Ziegler dalam filem Jangan Tegur.

Apabila diajukan kepada Julia, gadis berwajah Pan Asian ini mengatakan pengarahnya, Pierre Andre yang memintanya berpakaian seperti wanita ‘urban’.

“Pakaian seksi itu merupakan arahan daripada pengarah sebab saya dan Pierre berlakon sebagai pasangan suami isteri yang mempunyai ‘lifestyle’ British India.

“Jadi, saya perlu kelihatan seperti wanita ‘urban’.

“Saya faham apabila orang kata pakaian saya seksi,” jawab gadis berusia 25 tahun ini.

Namun begitu, adakah dengan hanya memakai ‘mini spagheti’ dan singlet yang mendedahkan lengan dan menampakkan pangkal dada boleh memaparkan ciri-ciri wanita ‘urban’?

Ikutkan, Julia boleh menggunakan pakaian lain yang lebih sesuai dan manis untuk tontonan umum seperti baju tidur ‘pyjamas’ atau baju yang tidak mendedahkan lengan dan dada.

Ini cerita saya

Dalam filem ini, Julia melakonkan watak Natasya iaitu isteri kepada Kamal (Pierre).

Jangan Tegur mengisahkan Natasya yang telah terlibat dengan kemalangan jalan raya dan koma selama beberapa minggu.

Sewaktu di dalam koma, Natasya telah bermimpi tentang seorang gadis, Baizura (Nadia Mustafar) yang disyaki hilang sejak dua tahun secara misteri tanpa khabar berita.

Natasya sering diganggu dengan mimpi-mimpi aneh yang menceritakan akan kesengsaraan Baizura yang telah dibomoh dan sering didatangi makhluk halus.

Tersedar dari koma, Natasya mula mengalami perkara yang sama seperti yang telah dialami oleh Baizura.

Daya penglihatan Natasya tidak membataskan dia melihat makhluk halus itu.

“Ini cerita saya. Secara kebetulan, filem ini menceritakan tentang pengalaman saya yang pernah dirasuk akibat dibomoh dan koma akibat kemalangan jalan raya,” kata Julia memulakan perbualan.

Kata Julia, disebabkan dia pernah dirasuk pada tahun 1995 selama setahun sehingga tidak dapat bersekolah, ibu dan bapanya pada mulanya agak berat hati untuk melepaskannya berlakon watak kena rasuk dalam filem ini.

“Tetapi selepas meyakinkan ibu dan bapa saya, mereka membenarkan saya berlakon watak tersebut dan ada menjenguk saya dilokasi lebih-lebih lagi semasa babak saya dirasuk.

“Mereka juga siap menyediakan seorang ustaz jika berlaku sesuatu kepada saya.

“Alhamdulillah, semasa dan selepas saya berlakon filem ini, tiada apa-apa perkara yang tidak diingini berlaku,” ujarnya yang merasakan semua yang dilaluinya dalam filem Jangan Tegur seperti mimpi.

Tambah Julia, semasa mula-mula sedar dari koma selepas kemalangan dulu, dia juga pernah mengalami kejadian yang dialami oleh Natasya iaitu dapat melihat makhluk halus.

“Hal ini susah saya nak jelaskan tetapi kadangkala pada malam Jumaat, saya akan nampak makhluk halus.

“Namun, saya cuba elakkan daripada melihat bayang-bayang dan pada malam Jumaat saya hanya duduk rumah,” ceritanya yang menganggap filem ini merefleksi dirinya.

Simpati dengan Pierre

Berbalik kepada filem Jangan Tegur yang mengandingkan dirinya dengan Pierre selaku penulis skrip dan pengarah filem itu, Julia berkata dia bersimpati dengan situasi yang dilalui oleh sahabatnya itu.

“Saya berasa sedih apabila Pierre tidak ada bersama kerana kalau boleh saya nak kami mula dan habiskan filem ini bersama-sama.

“Saya anggap apa yang berlaku ini sebagai ketentuan Tuhan.

“Hal itu timbul disebabkan masalahnya dengan produksi. Mungkin Tuhan nak duga kita.

“Saya hanya terpulang kepada mereka dan tak boleh ikutkan kata hati,” ulasnya yang masih menghubungi Pierre.

Namun, Julia akui hubungan mereka sudah tidak serapat dahulu.

“Pierre gembira dengan kehidupannya sekarang. Apabila dia menonton ‘thriller’ filem ini, Pierre kata dia dah mula suka.

“Saya jawab balik ‘Filem itu di bawah arahan ‘you’,” akhirinya yang sangat menghargai jasa Metrowealth International Group (MIG) Production Sdn. Bhd. dan Pierre yang memberikan peluang kepadanya untuk berlakon dalam filem ini.

Julia juga berharap agar lakonannya dalam filem Jangan Tegur tidak dihentam teruk setelah digelar pelakon kaku menerusi filem pertamanya, Kayangan.

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan