Teruja berlakon dengan bintang antarabangsa

Diterbitkan: Jumaat, 13 Mac 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Barisan pelakon filem 'Blue' yang turut dibintangi oleh pelakon Australia, Kylie Minogue.
Barisan pelakon filem 'Blue' yang turut dibintangi oleh pelakon Australia, Kylie Minogue.

NAMPAKNYA aktor Bollywood Akshay Kumar masih tidak puas-puas berlakon dengan artis antarabangsa.

Setelah berlakon dengan Bohemia dalam filem “Chandni Chowk To China”, aktor itu berpadu suara pula dengan bintang rap itu untuk filem, “8X10 Tasveer”.

Lagu ini sungguh mengasyikkan dan kedua bintang ini juga telah beraksi sekali lagi untuk pembikinan video bagi filem yang dihasilkan oleh Percept Picture Company (PPC) ini.

"Video muzik ini cuba memaparkan ciri sebenar filem ini. Ada banyak elemen menarik yang diselitkan dalam video ini.

"Bohemia adalah penyanyi rap yang paling popular dan kami gembira yang Bohemia telah memberi lagunya kepada kami," kata CEO PPC, Navin Shah baru-baru ini.

Selain bernyanyi dengan Bohemia, Akshay juga telah berduet dengan penyanyi antarabangsa Snoop Dogg dalam lagu “Singh Is Kinng” dan dengan penyanyi popular Australia, Kylie Minogue dalam “Blue”.

Dalam “8X10 Tasveer”, Akshay membawa watak seorang lelaki berketurunan India yang kemudiannya menjadi renjer di sebuah rimba di Kanada.

Filem yang akan diedarkan pada 3 April ini turut dibintangi Ayesha Takia, Vinod Khanna dan Sharmila Tagore.

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan