Teks mesej seks punca Rihanna-Brown gaduh besar?

Diterbitkan: Jumaat, 13 Mac 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Benarkah Rihanna cemburu setelah membaca teks mesej di telefon bimbit Brown?.
Benarkah Rihanna cemburu setelah membaca teks mesej di telefon bimbit Brown?.

TEKSmesej berunsur seks didakwa menjadi punca Rihanna cemburu dan mengamuk justru mengakibatkan pergaduhan besar dengan kekasihnya Chris Brown.

Dakwaan ini heboh diperkatakan di beberapa laman web di Amerika kini. Mesej yang dikirim oleh pengurus Brown, Tina Davis, itu didakwa menyebabkan Rihanna dipukul teruk oleh Brown apabila pergaduhan meletus di antara mereka.

Menurut satu website di Amerika, kejadian pergaduhan bulan lepas, yang berkahir dengan Rihanna dibelasah teruk oleh Brown, berpunca dari teks mesej sebanyak tiga mukasurat yang diterima oleh Tina Davis, yang berusia 40 tahun.

"Mesej itu dihantar ke Brown dan membawa maksud yang mereka ingin bersama," lapor satu sumber.

Dokumen-dokumen yang difailkan oleh pihak polis pula mendapati teks mesej itu adalah dari seorang wanita misteri "yang mana pernah menjalin hubungan seks dengan Brown."

Namun dakwaan ini dinafikan oleh Brown. Menurut penyanyi rapper ini, hubungannya dengan Tina adalah profesional dan tidak lebih dari itu.

Brown, berusia 19 tahun, telah mencederakan Rihanna dengan begitu teruk sekali hingga mengakibatkan bibirnya pecah, hidung berdarah dan bekas gigitan di kedua tangannya.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan