Pertandingan Karya Seni berunsur Islam

Diterbitkan: Khamis, 12 Mac 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim) sedang menganjurkan pertandingan Anugerah Karya Seni Berunsur Islam (AKSI) sempena Bulan Dakwah dari Februari hingga Ogos ini bagi mengiktiraf hasil perjuangan pengkarya dalam bidang seni berunsur Islam dan dalam usaha penyebaran dakwah serta memartabatkan kesenian Islam.

Pengerusi Jawatankuasa Kesenian dan Kebudayaan Bulan Dakwah Tan Sri Jins Shamsudin berkata hasil karya pertandingan ini bukan sahaja dapat dimanafaatkan di Malaysia tetapi juga di peringkat antarabangsa.

Pertandingan dibahagikan kepada empat kategori iaitu Penulisan Skrip Telemovie 90 minit, Filem Pendek 10 minit, Filem Animasi Pendek 10 minit dan Lagu Berunsur Dakwah yang tidak melebihi lima minit.

Hadiah-hadiah untuk setiap kategori adalah RM7,000 untuk tempat pertama, RM5,000 tempat kedua dan RM3,000 tempat ketiga. Ia terbuka kepada rakyat Malaysia dan masyarakat antarabangsa.

Pelajar kursus perfileman digalak menyertai pertandingan itu untuk mengembangkan bakat mereka, kata Jins.

Maklumat mengenai pertandingan ini boleh disemak di laman web Yadim iaitu www.yadim.com.my.

Mereka berminat menyertai pertandingan boleh memuat turun borang penyertaan dari laman web itu. BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan