Dafi caras Samuel dan Amani dalam 'Sayang You Can Dance'

Diterbitkan: Khamis, 12 Mac 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Lakonan Dafi begitu bersahaja sekali sebagai sepupu kepada Mia (lakonan Sh Amani).
Lakonan Dafi begitu bersahaja sekali sebagai sepupu kepada Mia (lakonan Sh Amani).

ADA beberapa perkara yang akan membuat anda terkesan sekiranya anda sedang menonton sebuah filem yang 'bermasalah'. Tema yang keliru dan jalan cerita yang membosankan adalah salah satu petandanya.

Selepas 10 minit mengikuti perjalanan cerita filem 'Sayang You Can Dance' hasil kerja terbaru Bjarne Wong bagaikan satu penantian yang berpanjangan.

Dan semuanya seperti sudah boleh dijangkakan apa yang akan terjadi di kesudahan filem ini.

Ceritanya berkisar anak tunggal, Mia (Sharifah Amani) orang berada, yang minat akan tarian hip-hop. Dengan pertolongan sepupunya Danial (Dafi AF5), Mia telah masuk ke kelas tarian DanceStarz.

Di kelas inilah Mia menjadi tumpuan cinta tiga segi, antara Robby (Ebi Kornelis AF5) dan Remie (Samuel Rizal). Mia dan Remie saling mencintai tapi mendapat tentangan dari ayahnya. Di sinilah timbul konflik 'Antara Dua Darjat' yang klise dan masih berlaku di zaman ini?

Samuel dan Amani saling melengkapkan cuma lakonan Amani yang kadang-kala 'buat-buat manja' boleh membuat kita sedikit jemu. Samuel, walaupun dengan loghat Indonesianya telah memberikan sebuah lakonan yang meyakinkan.

Begitu juga dengan lakonan pendatang baru Dafi yang tidak menghampakan. Tidak sangka pula Dafi boleh berlakon dengan begitu bersahaja sekali. Sebagai orang baru, Dafi ada harapan cerah untuk pergi jauh dan sikapnya sebagai 'big brother' kepada Mia boleh diberi pujian.

Dafi banyak membantu perjalanan cerita ini. Tanpa Dafi, mungkin jalan cerita yang longgar dan tidak ke mana ini, akan menjadi lebih hambar. Dafi juga adalah seorang penari yang baik sekali.

Tidak keterlaluan jika dikatakan, Dafi dan Samuel adalah penyelamat filem ini.

Ebi pula, harapkan rambut ala Bob Marley sahaja, sedangkan lakonannya yang kayu dan tutur dialognya yang kaku dan tidak berperasaan membuat watak yang dibawanya tidak bermaya. Andaikata dia bukan Ebi, tidak mungkin orang akan memberi perhatian langsung kepada watak Robby yang dibawanya.

Babak yang dia jatuh cinta kepada Mia paling hambar sekali. Mungkin adegan dia bertumbuk dengan Remie ketika berebutkan kasih Mia membuat wataknya hidup sekejap.

Apa yang harus diberi pujian ialah filem ini berjaya memartabatkan bahasa dan negeri Sarawak. Dari susunkata, sinematografi dan juga pertuturan orang sana membuat kita rasa bangga yang mereka ini adalah dari kelompok yang sama tapi sudah lama dipinggirkan dalam sinema kita.

Watak pembantu lain seperti yang dimainkan oleh Carmen Soo, Alam, Smyth Wong Azim dan Dominique Chiu tidak mencacatkan jalan cerita. walaupun kadangkala peranan mereka tidak lebih dari nasi tambah saja, ada kalanya peranan mereka hidup dan membuat filem ini rasa segar seketika seperti adegan mereka berkelah dan bersantai bersama.

Babak ini berjaya menghidupkan keakraban di antara semua anggota DanceStarz ini.

Tapi yang sedikit melemahkan cerita ini, keazaman merebut hadiah besar DanceStarz untuk menolong Remie yang sedang bergelut dengan maut tidak logik langsung. Penyakit Remie yang serius dan keadaannya yang lemah tidak mungkin membuat dia kuat untuk masuk kemuncak pertandingan tarian ini.

Apa sebenarnya yang hendak dipaparkan dalam filem ini? Kelincahan tarian atau cinta Mia-Remie atau kedua-duanya. Cara pengarah menyulam kedua-dua aspek ini membuat kita rasa bosan.

Sudahlah garapan cerita tidak kemas, lembab pula. Mustahil, kita dapat mengikuti keseluruhan filem ini tanpa merungut.

Lagu-lagu latar dalam filem ini tidak membantu mengujudkan mood romantik, sedih atau sebagainya. Sebaliknya ia menjadi satu hiburan biasa, yang kadangkala merimaskan. Walaupun begitu, lagu-lagu yang disajikan ada nilai komersialnya tersendiri walaupun tidak sesuai dimasukkan di dalam filem ini.

Dan apa sebenarnya penyakit Remie? Di akhir cerita apabila tertulis, 6 bulan kemudian, baru lah penonton diberitahu, Remie ialah budak montel yang menyimpan hati dengan Mia semasa zaman kanak-kanak dulu. Dan ayah Remie pula ialah pemandu keluarga Mia.

Semua kekeliruan dirungkai satu persatu, tapi masih tidak mencukupi bila penonton diberitahu, bapa Mia berdendam dengan bapa Remie kerana keluarganya terlibat dalam satu kemalangan.

Babak antara Carmen dan kekasihnya, perkelahian antara bekas kekasih Carmen dan beberapa teman DanceStarz bercakap di dalam kelas dalam bahasa Cina?

Kenapa semua babak ini tidak disediakan sarikata dalam bahasa Malaysia? Sehingga kita terpingga-pingga memikirkan apa sebenarnya yang dituturkan mereka.

'Sayang You Can Dance' adalah filem Melayu pertama Bjarne Wong, yang menggunakan khidmat kru daripada Hong Kong. Seebelum ini, pengarah berpotensi ini pernah menerbitkan filem The Legend Of The Red Curse dan Possessed sebelum ini.

Percubaan pertama Wong mungkin terselit beberapa kelemahan tapi dari aspek lain seperti sudut cinematografi, pengarahan dan pacing, Wong tidak menghampakan sangat.

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan