Sua Rasa TV9 tarik 200 ribu pengunjung di Terengganu

Diterbitkan: Rabu, 11 Mac 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Pada malam pertama pengunjung berpeluang menyaksikan Irama Sua Rasa yang menampilkan artis terkenal tanah air seperti Aishah, Nora, Andy Flop Poppy, Raihan, Yasin dan Mat Over selaku hosnya.
Pada malam pertama pengunjung berpeluang menyaksikan Irama Sua Rasa yang menampilkan artis terkenal tanah air seperti Aishah, Nora, Andy Flop Poppy, Raihan, Yasin dan Mat Over selaku hosnya.

SAMBUTAN serta sokongan penduduk Terengganu terhadap TV9 dapat dirasai melalui acara padang Sua Rasa yang diadakan pada 6 dan 7 Mac lalu apabila hampir 200,000 penduduk membanjiri Dataran Shah Bandar.

Terengganu yang merupakan destinasi pertama dijelajah oleh warga kerja TV9 berjaya mendekatkan lagi stesen pilihan ramai ini dengan penonton setianya melalui aktiviti-aktiviti yang dijalankan di sini.

Sua Rasa membawa makna bertemu, berkumpul dan bersantai di samping mengeratkan silaturahim bersama ahli keluarga dalam suasana penuh kemeriahan.

Justeru, acara padang ini menjadi destinasi buat semua untuk meluangkan masa berkualiti bersama keluarga setelah lima penat bekerja. Inilah yang ingin disampaikan oleh kami menerusi Sua Rasa.

Acara padang baru-baru ini dirasmikan oleh Menteri Besar Terengganu Datuk Ahmad Said sambil disaksikan oleh Ketua Pegawai Operasi TV9, Bukhari Che Muda.

Bersempena dengan tahun baru, Sua Rasa yang dibawakan khas oleh Celcom kini tampil dengan konsep lebih segar dan terkini dengan memperkenalkan logo yang lebih menarik dan ceria bersesuaian dengan imej segar dan kontemporari TV9.

Pada sebelah petang pula, Sua Rasa TV9 turut menjemput penduduk untuk bersama-sama menyaksikan pelancaran produk-produk terbaru yang diketengahkan oleh pihak Celcom.

Perasmian oleh Bukhari turut disaksikan oleh Naib Presiden Kanan Celcom, Encik Zalman Aefendy Zainal Abidin.

Menarik tentang acara padang Sua Rasa ini apabila pengunjung berkesempatan untuk bertemu dan bergambar bersama personaliti-personaliti TV9 dan TV3 seperti Syed Mohd Khair, Aziz Desa, Mek Sayyidah, Mohd Shahrizal, Halim Din (999), Mr.Os, dan Sharifah Nur Syed Mohd dan ramai lagi.

Di samping itu penduduk dapat melihat dengan lebih dekat cara krew TV9 menyelenggarakan program-program siaran langsung dan juga rakaman seperti Warna-warni Sua Rasa, Irama Sua Rasa dan rakaman rancangan Halaqah.

Pengunjung yang datang dapat melihat dan menyertai pelbagai aktiviti menarik yang disediakan di gerai-gerai seperti gerai TV9, Adik di 9, Celcom, 999 serta pameran Al-Risaalah. Tidak ketinggalan, pengunjung dapat bergambar dan mendekati selebriti-selebriti TV9 dan TV3.

Sua Rasa yang simbolik dengan aktiviti antara masyarakat diharap dapat memupuk rasa kekitaan semua golongan dan ini dilaksanakan melalui pameran buah-buahan, acara sukaneka, dan persembahan daripada artis-artis terkenal tanah air.

Acara padang ini turut menampilkan makanan kegemaran rakyat Malaysia dengan menganjurkan pesta makanan bagi melengkapkan mesej yang ingin disampaikan melalui Sua Rasa.

Pada malam pertama pengunjung berpeluang menyaksikan Irama Sua Rasa yang menampilkan artis terkenal tanah air seperti Aishah, Nora, Andy Flop Poppy, Raihan, Yasin dan Mat Over selaku hosnya.

Manakala, pada malam kedua, rakaman rancangan bual bicara keagamaan Halaqah yang menampilkan Ustaz Ahmad Shukri Yusof turut menjemput dua ahli panel Encik Roslan Mohamad serta Ustaz Badli Shah untuk membincangkan tajuk Tahun Gajah bersempena dengan Maulisur Rasul.

TV9 menjangka sambutan Sua Rasa yang membawa wajah baru ini akan disambut baik dan lebih meriah dari acara padang yang diadakan sebelum ini.

Menurut ketua Pegawai Operasi TV9, Encik Bukhari Che Muda, Sua Rasa menampilkan banyak kelainan dan dengan kerjasama kerajaan negeri, kini TV9, Celcom serta penaja lain akan membuka lebaran baru untuk sama-sama menjalin silaturrahim yang lebih erat tanpa mengira bangsa dan agama.

“Oleh itu, saya berharap agar rakan-rakan perniagaan yang hadir pada hari ini yang mana belum menyertai kami menerusi Sua Rasa, penyertaan anda semua amat dialu-alukan. Masih belum terlambat untuk memeriahkan Sua Rasa ini kerana banyak lagi lokasi untuk dijelajahi bersama kami pada tahun 2009 ini,” tambah beliau. Justeru, pengunjung dapat turut serta mengambil bahagian di dalam aktiviti-aktiviti yang dianjurkan oleh TV9 selaras dengan cogan stesen ini yang Dekat di Hati.

Usaha murni TV9 dalam mengembangkan mesej positif kepada rakyat merupakan salah satu usaha utama stesen television ini bagi mendekatkan diri kepada penonton. Berikut adalah antara lokasi yang akan dikunjungi oleh Sua Rasa:

1. 1 & 2 May : Kedah

2. 5 & 6 Jun : Kota Bahru Kelantan

3. 4 & 5 Julai : Muar Johor

4. 1 & 2 Ogos : Seremban

5. 31 Okt &1 Nov : Ipoh Perak

iklan

Video

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Jumaat, 13 Oktober 2017 2:30 PM

Ruhainies Bersedia Untuk Berkeluarga

Jumaat, 13 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Farisha Irish - Tak Malu

Khamis, 12 Oktober 2017 9:00 PM

Hafiz Keliru, Saya Tak 'Madukan' Suami - Joy Revfa

Khamis, 12 Oktober 2017 5:22 PM

Punyalah Menangis, Pun Tak Lepas...

Khamis, 12 Oktober 2017 2:00 PM

Xpose Band 'Geng' Jurutera

Kolumnis

iklan

Iklan