Roslan Aziz terkilan tangguh album Zubir Ali

Diterbitkan: Selasa, 10 Mac 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PEMERGIAN komposer dan penyanyi Allahyarham Zubir Ali bukan sahaja diratapi oleh keluarga, peminat, dan rakan taulan, malah turut membuatkan penyanyi dan pemuzik Roslan Aziz terkilan.

Menurut Roslan, dia terkilan apabila tidak sempat menerbitkan album Allahyarham sebelum Allahyarham pergi meninggalkan industri muzik ini buat selama-lamanya.

Bayangkan, album yang memuatkan 10 buah lagu ini mula dibuat sejak tahun 1996 dan kini hanya tinggal untuk memasukkan ‘strings’ ke dalam lagu-lagu di dalam album tersebut.

“Dulu, semasa tahun 1996, saya mempunyai masalah peribadi ketika sedang membuat album Zubir.

“Disebabkan itu, projek tersebut tergendala buat sementara waktu.

“Waktu tu, vokal dah siap dirakam cuma nak masukkan strings. Jadi, saya tangguh sekejap.

“Kalau ikut standard Malaysia, album ini dah dikira siap. Yang biasa-biasa tu dah buat tetapi bagi saya belum siap sebab saya nak membuatnya dengan strings.

“Terutama untuk Zubir Ali. Bagi saya Allahyarham dianggap sebagai ‘innocent by tender’. Dia tidak salah apa-apa tetapi disebabkan masalah peribadi saya,” kata Roslan yang merupakan bekas suami penyanyi Datuk Sheila Majid.

Kata Roslan, dalam masa lima tahun juga dia bersara dari bidang muzik ini.

“Selepas lima tahun, apabila saya membuat ‘comeback’ dalam industri ini, perkara pertama yang saya nak buat adalah albumnya.

“Tetapi nampak gayanya macam tiada rezeki kerana masa tu syarikat Syncrosound Music nak adunkan semuanya, saya fikir nanti dululah.

“Saya nak masukkan 'strings' dan membuat sesuatu yang istimewa untuknya kerana lagu-lagu yang dibuat juga agak istimewa. Ini yang saya nak buat.

“Saya fikir mungkin nak buat sesuatu yang istimewa sebagai hadiah untuknya tetapi tak sempat,” luah Roslan yang menganggap Zubir bukan sahaja orang yang rapat dengannya malah mentornya ketika dia menuntut di Universiti Teknologi Mara (UiTM).

Beritahu Roslan, Allahyarham banyak mengajarnya tentang seni dan budaya.

“Dia ibarat guru saya. Apabila saya membuka syarikat RAP, Allahyarham merupakan artis pertama yang menandatangani kontrak kerana saya jatuh cinta dengan bakatnya.

“His the best poet singer. Walaupun dia tidak terlalu popular, tetapi dia seorang yang bijak, manis apabila bertutur dengan menggunakan kata-kata yang indah, berbudi bahasa.

“Semasa dia di RAP dulu, banyak yang kita belajar ilmu dengannya,” ulas Roslan yang terkejut apabila mendengar berita kematian Allahyarham pada pagi Jumaat lalu.

Ujar Roslan, perkara pertama yang dia terfikir adalah: “Alamak album dia tak siap lagi.

“Bagaimanapun, saya tetap mahu menyiapkan albumnya. Insya-Allah, saya pun tak boleh janji bila ia akan siap.” Tambah Roslan, dia juga tidak dapat menyiapkan album Allahyarham disebabkan sibuk mengarah muzik untuk konsert Datuk Siti Nurhaliza, Akademi Fantasia, Muzikal Puteri Gunung Ledang dan Muzikal P. Ramlee.

“Jadi, saya rasa terkilan, sedih dan sayang kerana niat untuk siapkan album dia belum kesampaian.

“Tetapi, nak terbitkan album dia tidak terlambat. Cuma dia tiada untuk melihat kelahiran album ini,” kata bekas pengetua AF5 ini.

Menyentuh tentang perkembangan lain, Roslan sedang memasarkan album terbarunya dengan Mukhriz berjudul ‘Ali’.

“Album ‘Ali’ telah dipasarkan melalui online pada 8 Ogos tahun lalu. Jadi, dalam masa dua bulan lagi kita akan pasarkan album ini dalam bentuk CD pula.

“Memandangkan kita tak berapa glamour, jadi sambutannya di luar dugaan. Lebih kurang 40,000 hingga 50,000 muat turun yang laris di pasaran.

“Ada yang muat turun secara percuma dan ada yang dikenakan bayaran,” ulas Roslan mengenai album yang boleh dimuat turun di laman blognya iaitu roslanmukhriz.blogspot atau roslanazizproduction.com.

Selepas ini, Roslan berkata dia akan terlibat dalam jelajah seluruh ASEAN untuk mempromosikan ‘Ali’.

Antara negara sasaran adalah Singapura, Filipina, Thailand, Korea, Hong Kong, Taiwan, Jepun, India, dan Jakarta.

Selain itu, Roslan juga menceburi bidang lakonan jika mempunyai kelapangan.

“Punca pendapatan utama saya adalah muzik. Kalau ada masa lapang dan sekadar tolong kawan tu, saya tak kisah untuk berlakon.

“Walaupun susah, bagi saya berlakon adalah pengalaman yang menarik.

“Berlakon lagi susah daripada menyanyi,” ujarnya yang pernah berlakon di dalam drama Kasut Tumit Tinggi dan Kerana Karina.

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan