OIAM: Imuniti Aweera untuk tebus kesalahan?

Diterbitkan: Isnin, 9 Mac 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Aweera kembali berjaya menarik perhatian menerusi lagu Gemilang dan menjadi penerima imuniti daripada Syafinaz, Paul Moss dan seorang juri jemputan, Jaclyn Victor. -foto Utusan
Aweera kembali berjaya menarik perhatian menerusi lagu Gemilang dan menjadi penerima imuniti daripada Syafinaz, Paul Moss dan seorang juri jemputan, Jaclyn Victor. -foto Utusan

MINGGU lepas, hampir kesemua peserta One In A Million musim kedua (OIAM) mempamerkan prestasi yang cukup mengecewakan dan sekaligus menimbulkan ketidakpuasan hati oleh salah seorang juri tetap program tersebut, Syafinaz Selamat sehingga tercetusnya kritikan pedas yang menimbulkan sedikit kontroversi.

Gara-gara perkataan 'menyalak' yang diluahkan oleh Syafinaz pada minggu itu terhadap persembahan salah seorang peserta, Aweera, ramai yang beranggapan kritikan itu agak keterlaluan meskipun Syafinaz merasakan itu adalah kritikan jujur yang lahir dari hatinya.

Namun, nampaknya kritikan tajam yang diterima rata-rata peserta pada minggu tersebut tidak mematahkan semangat mereka. Bangkit daripada kelemahan itu, 10 peserta yang masih kekal pada minggu ini iaitu penyanyi kelahiran Akademi Fantasia, Amylea; juara Mentor musim pertama, Pija; Penyanyi Baru Terbaik AIM 2006, Rizu; vokalis kumpulan New Boyz, Tomok, vokalis kumpulan Coco, Nine serta lima peserta bukan artis iaitu Anith, Aweera, Esther, Simon dan Fify berjaya mengembalikan 'aura' masing-masing!

Siapa sangka, kritikan hebat yang diterima oleh peserta yang mengenengahkan imej rock, Aweera minggu lalu membawa 'tuah' buat dirinya apabila kali ini dia kembali berjaya menarik perhatian menerusi lagu Gemilang dan menjadi penerima imuniti daripada Syafinaz, Paul Moss dan seorang juri jemputan, Jaclyn Victor.

Imuniti itu secara automatik melayakkan Aweera untuk terus beraksi di minggu seterusnya serta tidak perlu melalui proses undian daripada penonton.

"Tiada sebab untuk saya memilih Aweera hanya kerana ingin menebus semula kritikan yang saya luahkan kepadanya minggu lalu. Dia berjaya buktikan bahawa dirinya memang bagus.

"Aweera berjaya menggamatkan suasana dan dari segi persembahan, lagu yang disampaikannya juga disusun semula dengan baik. Dalam erti kata lain, dia adalah peserta yang paling menonjol malam ini," kata Syafinaz yang ditemui sejurus berakhirnya program itu di Sri Pentas 2, Shah Alam, pada Jumaat lalu.

Perkara itu juga dipersetujui oleh Paul yang merasakan Aweera bijak memilih lagu untuk memberi kelainan di dalam persembahannya.

"Saya gembira dia telah membuktikan bahawa dia benar-benar boleh menyanyi, bukan setakat menjerit. Olahan lagu itu juga cukup menarik," kata Paul.

Turut memberikan persembahan yang hebat ialah Nine, Simon, Rizu, Tomok dan Esther. Nine nampaknya berjaya membuatkan juri tersenyum setelah dua minggu gagal memikat hati mereka kerana mempamerkan persembahan yang cukup hambar.

Menyampaikan lagu Hapus Aku dendangan kumpulan Nidji, identiti Nine kembali terserlah! Turut membuat 'kejutan' ialah Tomok yang membawakan lagu Crazy In Love yang dipopularkan oleh Beyonce.

Satu persembahan yang cukup kreatif dan menampilkan kelainan daripada persembahan-persembahannya yang terdahulu.

Turut memberikan persembahan yang tidak menghampakan ialah Anith, Fify, Pija dan Amylea. Cuma, persembahan peserta-peserta ini bagaimanapun kurang menyerlah dan pula yang 'biasa-biasa' saja.

Namun, sayang sekali buat peserta bernama Rehana Mohd Yunus atau Han apabila dia tidak dapat beraksi pada minggu ketiga OIAM, Jumaat lalu setelah dia diumumkan tersingkir di awal program.

Han gagal meraih undian secukupnya daripada penonton berdasarkan persembahannya pada minggu lalu, sekaligus melenyapkan hasrat peserta berusia 22 tahun itu untuk merangkul wang kemenangan RM1 juta.

Meskipun kecewa, Han bagaimanapun tidak melihat penyingkirannya itu sebagai titik noktah untuk dirinya meneruskan perjalanan dalam bidang seni.

Menanggap undian penonton tidak menyebelahinya di dalam program ini, tambah Han, dia bagaimanapun bersyukur kerana rezekinya dalam bidang nyanyian nampaknya tidak akan berkubur begitu saja.

"Mungkin saya masih belum dikenali, sebab itu tidak ramai penonton ingin mengundi saya. Tetapi, ini tidak langsung membuatkan saya mengalah. Saya tetap akan teruskan perjuangan.

"Alhamdulillah, saya sudah mengikat kontrak dengan syarikat rakaman Metadome Sdn Bhd selama setahun dan akan menghasilkan album sulung berkonsepkan balada tidak lama lagi," ujar Han yang pernah menyertai Suara Emas Bintang RTM 2007 dan menang tempat ketiga.

Anith bermasalah

Tatkala ramai yang memuji kehebatan peserta musim ini, terselit pula kisah seorang pesertanya, Anith Aqilah Sulaiman Lim atau mesra disapa Anith yang kononnya 'bermasalah' dan mencetuskan sedikit ketegangan dengan beberapa peserta wanita lain.

Diajukan perkara itu kepada Anith, dalam nada tenang, dia enggan bercerita lanjut tentang hal itu dan menganggap apa yang berlaku sebenarnya adalah salah faham sahaja.

"Perkara ini dah lama sebenarnya. Saya hanya bergurau, tapi mungkin mereka tidak dapat terima gurauan saya itu. Jadi, saya terima teguran yang mereka buat itu," kata Anith.

Ditanya kepada salah seorang peserta wanita, Pija tentang perkara itu, tuturnya, hal itu berlaku kerana ada peserta yang tidak tahan dengan sikap Anith yang adakalanya dilihat cukup 'annoying'.

"Dia terlalu kebudak-budakan hingga membuatkan kami kadang-kadang rasa menyampah. Tetapi, hal itu sudah diselesaikan dengan baik," jelas Pija.

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan