Witherspoon berkempen atasi keganasan rumahtangga - Berita Hiburan | mStar

Witherspoon berkempen atasi keganasan rumahtangga

Diterbitkan: Jumaat, 6 Mac 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Reese ingin membela wanita yang didera oleh suami.
Reese ingin membela wanita yang didera oleh suami.

AKTRES Hollywood Reese Witherspoon sedang giat berkempen untuk mengatasi keganasan rumahtangga.

Bintang 'Walk The Line' yang juga duta bagi jenama kosmetik Avon, sedang berusaha untuk membuka mata kaum wanita tentang pentingnya keganasan terhadap kaum wanita dihentikan.

"Hampir 1 bilion wanita di seluruh dunia sedang menderita kerana keganasan rumahtangga," kata Witherspoon.

Witherspoon juga telah mendedahkan bagaimana malunya dia menanggung penceraiannya dengan aktor Ryan Phillippe.

Dalam satu temuramah dengan sebuah majalah baru-baru ini, aktres berusia 32 tahun itu berkata, dia tidak mendapat sokongan dan bantuan mroal ketika dia melalui detik penceraiannya.

"Apabila orang berkata,"jangan risau fasa ini akan berakhir, saya terfikir, adakah mereka ini gila.

"Tapi memang tidak ada apa pun yang dapat mententeramkan jiwa saya ketika melalui fasa itu," kata Witherspoon.

Malah keperitan yang dilaluinya menyebabkan dia agak menyesal dengan tindakannya berkahwin ketika itu.

"Mungkin masanya belum sesuai untuk saya berkahwin ketika itu. Mungkin itu emosi yang paling tepat," kata aktres versatil ini.

Di sebalik peristiwa penceraian yang menyakitkan hati, Witherspoon tidak patah hati. Dia kini sedang menyulam cinta dengan aktor Jake Gyllenhaal.

"Jake seorang lelaki yang hebat," katanya.

   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan