Lopez simpan berlian AS$ 50 ribu yang dipinjamnya

Diterbitkan: Jumaat, 6 Mac 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Lopez simpan berlian yang dipinjamnya.
Lopez simpan berlian yang dipinjamnya.

MULA-MULA pinjam sahaja berlian tetapi sudahnya minta untuk simpan pula berlian itu.

Begitulah bertuahnya aktres Jennifer Lopez yang dihadiahkan berlian bernilai AS$ 50,000 yang dipinjamnya dari Robert Mouawad ketika hadir untuk pelancaran fesyen Andrea Lieberman, ALC.

Acara itu telah diadakan di Barneys, Beverly Hills minggu lepas. Selain Jennifer, selebriti lain seperti Gwen Stefani, Leah Remini dan Ellen Pompeo juga telah meminjam berlian dari tukang emas terkenal dari Switzerland itu.

Jika selebriti lain memulangkan berlian yang dipinjam mereka, Jennifer pula bercadang untuk menyimpan sahaja berlian yang dipinjam itu.

"Kami telah menerima panggilan dari pengurus Jeniffer, Benny Medina, yang memberitahu Jennifer SANGAT berkenan dengan berlian yang dipinjam itu dan ingin menyimpannya," kata jurucakap.

"Mouawad tidak kisah memberikan apa saja yang Jennifer mahukan tapi permintaan yang sebegitu selalunya orang jarang lakukan," katanya.

Namun jutawan tukang emas itu tidak pula berkecil hati dengan permintaan Lopez itu.

Mouawad adalah jutawan tukang emas yang membeli 60-karat berlian Mondera bernilai AS$ 50 juta.

"Tidak mungkin Mouawad akan berkira dengan permintaan berlian bernilai AS$50,000 itu jika hendak dibandingkan dengan 'endorsement' Jennifer yang tidak ternilai harganya," kata jurucakap itu lagi.

iklan

Video

Isnin, 18 Disember 2017 2:45 PM

Kecoh Naim Daniel 'Berduet' Dengan Hantu

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Kolumnis

iklan

Iklan