Kisah 2 aktres berebut anugerah dalam drama Korea 'On Air' di 8TV

Diterbitkan: Jumaat, 6 Mac 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KISAH pelakon terkenal yang enggan berkongsi anugerah dengan seorang aktres yang lain adalah intipati drama bersiri terbaik Korea 'On Air' yang memenuhi slot ‘Best Of The East’.

Drama ini sudah ke udara sejak 27 Februari lalu pada setiap Isnin hingga Jumaat jam 8.30 malam.

"Ini merupakan sebuah lagi drama terbaik dari Korea. On Air pernah memenangi beberapa anugerah sejak mula disiarkan. Saya percaya drama bersiri ini akan mendapat sambutan hangat di Malaysia," ujar Lam Swee Kim, Pengurus Besar Penjenamaan, Pembangunan Perniagaan, Pemasaran dan Komunikasi 8TV.

On Air mengisahkan mengenai kehidupan pelakon terkenal Oh Seung-Ah (Kim Ha-Neul) enggan menerima Anugerah Pelakon Wanita Terbaik kerana terpaksa berkongsi anugerah itu dengan seorang lagi pelakon wanita yang tidak kurang hebatnya.

Sewaktu menerima anugerah, Seung-Ah mempersendakan Seo Young-Eun (Song Yoon-Ah) yang berada di situ sebagai penyampai anugerah.

Seo Young-Eun merupakan seorang penulis skrip drama yang cukup terkenal dengan cerita-cerita cinta yang romantis dan dan drama-drama beliau selalunya mendapat sambutan hangat dari penonton. Untuk skrip yang baru ditulisnya, beliau bercadang untuk membuat sedikit kelainan dan cuba untuk menulis sesuatu yang lebih bermakna dalam hidup. Young-Eun bercadang untuk menulis drama ini berkisarkan tentang apa yang berlaku di sekitar sebuah hospital sakit jiwa.

Bagi mendapatkan idea sebenar untuk menulis skrip drama ini, Young-Eun telah melawat sebuah hospital sakit jiwa bagi melihat sendiri persekitaran dan aktiviti harian di hospital itu.

Young-Eun kemudiannya menghantar skrip drama itu sewaktu pertemuannya dengan sebuah tenaga produksi namun idea dan skripnya ditolak mentah-mentah. Young-Eun begitu kecewa kerana majikannya masih mengharapkan beliau menulis kisah cinta romantik yang klise. Beliau bertambah berang apabila mengetahui pelakon utama untuk drama terbarunya ialah Oh Seung-Ah.

Seung-Ah pula merasakan begitu sukar untuk menjadi seorang pelakon yang benar-benar berkualiti kerana syarikatnya lebih mementingkan keuntungan. Dengan pertolongan dari seorang teman yang juga seorang penerbit Jang Gi-Jun (Lee Beom Su), Seung-Ah mengambil keputusan untuk meninggalkan syarikat naungannya dan menyertai sebuah syarikat penerbitan Gi-Jun walaupun mengetahui syarikat itu hampir bankrap.

Young-Eun pula terpaksa bertemu dengan Seung-Ah untuk berbincang tentang skrip terbarunya. Dalam pertemuan itu mereka mula mengkritik sesama sendiri dan bertikam lidah.

Namun nasib mereka berdua bertukar apabila Young-Eun terserempak dengan seorang pengarah muda Lee Gyeong-Min (Park Yong-Ha) dan beliau bersetuju untuk bersama-sama menghasilkan drama yang ditulis oleh Young-Eun. Selepas berbincang, Seung-Ah bersetuju untuk bersama-sama dengan mereka bagi menjayakan drama ini.

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan