'Kembara TV3' tampil dengan wadah baru

Diterbitkan: Jumaat, 6 Mac 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Kembara TV3 akan bergerak menuju ke lokasi Karnival Jom Heboh yang kedua, iaitu Kuantan, Pahang bermula 26 Mac hingga 27 Mac, 2009.
Kembara TV3 akan bergerak menuju ke lokasi Karnival Jom Heboh yang kedua, iaitu Kuantan, Pahang bermula 26 Mac hingga 27 Mac, 2009.

Sempena dengan sambutan Jubli Perak, selain daripada penganjuran karnival terbesar Jom Heboh 2009, TV3 juga memperkenalkan siri jelajah istimewa, "Kembara TV3" yang tampil dengan wadah baru dan menarik berlandaskan 'program mesra rakyat'.

Sebagai pembuka tirai, Kembara TV3 telah berjunjung ke 4 buah kampung dalam 2 hari penjelajahan mereka sebelum ke lokasi pertama Jom Heboh di MITC Melaka minggu lalu.

Kampung Rawa Tengah, Lenggeng, Seremban, Negeri Sembilan; Kg Stay, Kampung Padang Lebar, Batu Kikir, Kuala Pilah, Negeri Sembilan; Kampung Pachitan Chuah, Port Dickson dan Kampung Kuala Linggi, Kuala Sungai Baru, Alor Gajah, Melaka merupakan lokasi-lokasi yang menerima kunjungan trup "Kembara TV3" selama 2 hari, bermula pada pagi Khamis, Februari 26 dan berakhir malam Jumaat, Februari 27.

Bertujuan mengeratkan silaturrahim di samping membawa TV3 dekat dengan penonton, Kembara TV3 meraikan ulang tahun bersama-sama penduduk-penduduk setempat dengan menjalankan aktiviti-aktiviti seperti pertandingan, permainan, persembahan dan juga kuiz.

Barisan personaliti yang mengikuti Kembara ini termasuklah Maria Tunku Sabri, Tabah Sazwan, Akbar Sahri, Siti Hasffiza dan Sharifah Salwa. Manakala, para artis yang turut serta ialah Nabila Nuda, Hafiz Nafiah, Danny X-Factor, Eira Syazira, Zarina AF dan Zul Yahya.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif TV3, Dato’ Amrin Awaluddin berkata, “Bukan sekadar stesen televisyen, selari dengan misi kami untuk terus menyajikan program-program yang terbaik dan berkualiti, TV3 juga amat menghargai penonton setia kami yang terdiri daripada semua lapisan masyarakat dan peringkat umur. Melalui Kembara TV3, tujuan utama kami adalah untuk mengeratkan lagi silaturahim dan membina jalinan baru dengan semua individu yang kami temui melalui kampung-kampung yang dilawati.”

“Kunjungan ini ternyata berbaloi dan penat lelah terasa hilang apabila melihat wajah-wajah penduduk kampung yang begitu teruja menerima kedatangan rombongan kami di setiap lokasi.

Sambutan alu-aluan yang diterima dari penduduk tempatan yang diberikan melalui paluan kompang, perarakan bunga manggar, persembahan pencak silat dan juga layanan istimewa penduduk termasuklah menyajikan juadah-juadah lazat kepada kumpulan kami memang membuatkan pengalaman Kembara TV3 kali ini cukup bernilai.”

Selain daripada permainanan Tarik Tali, Giant Snake & Ladder, Kaki Tiga, Terompah Gergasi, Coloring Contest, Tarik Upih, Baling Telur dan berhibur dengan naynyian dan tarian ‘Poco-Poco’, artis-artis, personaliti dan warga TV3 turut menjalankan aktiviti bergotong-royong dan menyampaikan sumbangan berbentuk kewangan serta keperluan asas untuk kegunaan penduduk setempat. Kembara berakhir setibanya di lokasi Jom Heboh di Melaka pada hari Sabtu untuk bersama-sama dengan pengunjung-pengunjung di sana pula.

Antara dif kehormat yang turut turun padang termasuklah Encik Hamdan bin Yaakob, Timbalan Pentadbir Tanah Seremban, Negeri Sembilan yang turut bersama-sama penduduk-penduduk Kampung Rawa Tengah di Lenggeng. Ketika di Kampung Stay, Kampung Padang Lebar di Batu Kikir, majlis turut dimeriahkan YB Dato’ Mohammad Razi b Haji Kail, Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pelancongan, Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan serta Adat Istiadat Melayu Negeri Sembilan.

Hari kedua juga turut menyaksikan YB. AR Tuan Haji Ismail bin Haji Othman, Adun Kawasan Kuala Linggi, Melaka juga bersama-sama memeriahkan acara di Kampung Kuala Linggi, Kuala Sungai Baru, Alor Gajah.

Kembara TV3 akan bergerak menuju ke lokasi Karnival Jom Heboh yang kedua, iaitu Kuantan, Pahang bermula 26 Mac hingga 27 Mac, 2009.

iklan

Video

Khamis, 24 Ogos 2017 3:30 PM

Ebba Tak Minat Jadi Jurutera

Khamis, 24 Ogos 2017 12:38 PM

Wan Sharmila Kena 'Badi' Cinta

Khamis, 24 Ogos 2017 9:00 AM

Susunan Lagu Dari Sweden Gagal Takluk Persis

Rabu, 23 Ogos 2017 3:00 PM

Shuib Sepahtu 'Kuat' Cari Duit!

Rabu, 23 Ogos 2017 12:00 PM

Ayda Jebat Impi 'Mata' Tercalon Anugerah

Rabu, 23 Ogos 2017 9:00 AM

Keghairahan Shahrol Shiro Makan Diri?

Selasa, 22 Ogos 2017 12:00 PM

Sakan! Shiha Zikir Kini Hidup Mewah

Selasa, 22 Ogos 2017 9:00 AM

Tania Hudson Tak jangka Kembali Aktif

Isnin, 21 Ogos 2017 9:00 AM

#BiziBody: Syafiq Kyle Pentingkan Penampilan

Kolumnis

iklan

Iklan