Tarikh baru konsert Rihanna diumumkan 12 Mac ini

Diterbitkan: Khamis, 5 Mac 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Tarikh baru konsert sulung Rihanna di Kuala Lumpur akan ditetapkan pada 12 Mac ini, setelah penyanyi popular antarabangsa itu terpaksa menunda konsert yang sepatutnya berlangsung pada 13 Februari lalu gara-gara kecederaan teruk yang dialami akibat diserang kekasihnya, Chris Brown, tidak lama dulu.

Menerusi kenyataan akhbar, Pengarah Urusan Pineapple Concerts Sdn Bhd, Razman Razali berkata agen Rihanna, William Morris Agency di Los Angeles akan menetapkan tarikh baru itu pada hari tersebut.

Kontroversi yang melanda Rihanna dan penyanyi R&B popular, Chris Brown cukup hangat diperkatakan berikutan kes 'serangan' yang dibuat oleh Chris ke atas kekasihnya itu.

Insiden yang berlaku apabila Brown ditahan polis dua jam sebelum bermulanya majlis Anugerah Grammy pada 8 Februari lalu di atas dakwaan menyerang Rihanna menjadi satu berita yang amat menggemparkan.

Difahamkan, pergaduhan tercetus antara Rihanna dan Brown sebaik selesai parti pra-Grammy yang berlangsung sehari sebelum acara berprestij itu. Rihanna telah membuat aduan polis, namun Brown dibebaskan dengan jaminan US$50,000 (RM180,000).

Kedua-duanya juga turut menarik diri daripada membuat persembahan pada malam Anugerah Grammy itu.

Pergaduhan yang berlaku mengakibatkan kecederaan teruk di beberapa bahagian badan Rihanna. Penyanyi itu juga dikatakan mendapat gegaran yang teruk di kepalanya, serta terdapat bekas gigitan dan pendarahan hidung.

iklan

Video

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Kolumnis

iklan

Iklan