Jacko dibayar 150 juta paun untuk 30 konsert

Diterbitkan: Khamis, 5 Mac 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Siri konsert yang bakal dijayakan Jacko mungkin dapat meloloskan dirinya dari lilitan hutang.
Siri konsert yang bakal dijayakan Jacko mungkin dapat meloloskan dirinya dari lilitan hutang.

PENYANYI yang semakin suram popularitinya, Michael Jackson khabarnya berjaya mendapat pengesahan doktor yang dia sihat dan sudah cukup bersedia untuk beraksi semula dan membuat 'comeback' bagi 30 siri konsert di kota London.

'Raja Pop' itu terpaksa menjalani pemeriksaan doktor sebagai syarat bagi membolehkan dia memeterai perjanjian dengan AEG Live untuk 30 persembahan yang akan menjana pendapatan lebih kurang 150 juta pound untuknya.

Setibanya dia di Britain, Jackson dikhabarkan menginap di hotel mewah Lanesborough, Knightsbridge.

Penyanyi kontroversi yang popular dengan lagu 'Thriller' ini dijadualkan membuat kemunculan eksklusifnya di arena O2, di mana beliau akan membuat pengumuman tentang projek masa depannya.

Projek yang dimeterai Jackson ini membolehkannya meloloskan diri dari lilitan hutang yang sedang dihadapinya sebelum ini. Kali terakhir beliau beraksi di khalayak ramai ialah pada tahun 2001.

Penyanyi 50 tahun ini, telah lama menyepikan diri sejak tahun 2005 lagi, sewaktu berita tentang dirinya mencabul kehormatan kanak-kanak heboh diperkatakan. Skandal ini juga telah memaksa Jackson menutup taman Neverlandnya.

Baru-baru ini, Jackson telah membuat lelongan hampir 2, 000 barang-barang peribadinya secara online.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan