Rozita nafi nikah Datuk Seri Effendi

Diterbitkan: Rabu, 4 Mac 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Rozita nafi bernikah dengan suami Tiara, Datuk Seri Effendy seperti yang digembar-gemburkan sebelum ini. -foto The Star oleh MOHD. SAHAR MISNI
Rozita nafi bernikah dengan suami Tiara, Datuk Seri Effendy seperti yang digembar-gemburkan sebelum ini. -foto The Star oleh MOHD. SAHAR MISNI

SATU demi satu gosip mengaitkan diri aktres Rozita Che Wan dengan orang kenamaan tidak pernah lekang di bibir penggemar media hiburan lebih-lebih lagi apabila pelayar internet kini sedang membincangkan isu Rozita telah bernikah dengan suami produser Datin Seri Tiara Jacquelina iaitu Datuk Seri Effendi Norwawi.

Bagaimanapun, Rozita menafikan pernikahan tersebut malah turut menyatakan dia tidak pernah berjumpa dengan Effendi.

“Bukan saya yang bernikah dengan Datuk Effendi. Saya bukan sahaja tak pernah jumpa Datuk Effendi, mimpi pun tidak,” jelas Rozita ringkas.

Ujar Rozita, masuk kali ini sudah banyak gosipnya dikatakan bernikah dengan ‘Datuk’ atau ‘Tan Sri’ sedangkan dia tiada sesiapa pun.

Gosip pertama dahulu adalah Datuk J, seterusnya satu demi satu seperti Tan Sri R, Datuk Seri Khalid Muhd. Jiwa, dan terkini Datuk Seri Effendi.

Kadangkala, terbit di hatinya ‘tidak seronok menjadi Rozita Che Wan’.

“Selepas ini saya tak tahu lagi 'Datuk' atau 'Tan Sri' mana lagi yang akan dikaitkan dengan saya.

"Apabila timbul gosip-gosip ini, saya rasa seperti orang memandang saya sebagai seorang yang materialistik sebab memilih ‘Datuk’ dan ‘Tan Sri’ sahaja.

“Orang tidak habis-habis mengata saya mendapat hadiah kereta, bernikah di London dan macam-macam lagi.

“Kalau gosip itu betul, saya takkan berlakon lagi. Saya juga tiada istilah ‘cover line’,” kata wanita berusia 36 tahun ini.

Yang memeningkan kepala ibu tunggal ini apabila setiap kali suami artis berkahwin lain, tuduhan itu akan disasarkan kepada dirinya.

“Nanti saya kahwin betul-betul, baru tahu,” gurau ibu kepada dua orang anak ini.

Disebabkan gosip-gosip itu, Rozita pernah mendapat panggilan telefon yang meminta dirinya berhati-hati.

Menurut Rozita, dia telah membujang kira-kira enam tahun dan sehingga kini belum terbuka pintu hati untuk mendirikan rumah tangga buat kali kedua.

“Apabila saya sudah terbiasa hidup seorang, mulalah hidup saya menjadi cerewet. Lagipun, saya fikir bila hidup seorang ni tiada siapa yang nak sakitkan hati saya. Namun, semuanya saya mengikut kepada nasib.

“Sebelum ini, ada sahaja orang yang menawarkan diri untuk berkenalan dan macam-macam lagi.

“Tetapi, kalau ikutkan hati, saya nak pilih lelaki biasa sahaja kerana rasa diri saya tak setaraf dengan orang kenamaan sebab saya jenis orang biasa dan bukan ‘maintain’.

“Saya juga mahukan lelaki yang berusia bawah dari 45 tahun dan berstatus bujang,” kata Rozita.

Namun begitu, dia redha andai ditakdirkan menjadi isteri kedua.

“Saya redha jika terpaksa menjadi isteri kedua tetapi saya tidak akan meminta lebih-lebih.

“Kalau saya berkahwin dengan suami orang, saya takkan merahsiakannya sebab saya akan menggalas status seorang isteri,” beritahunya yang baru meraikan perkahwinan adiknya, Jaja di Carcosa Seri Negara pada 28 Februari lalu.

Bukan tolak berlakon filem Dimensi Cinta

Dalam pada itu, Rozita juga menjelaskan isu mendakwa dia sengaja menolak tawaran berlakon filem 'Dimensi Cinta'.

“Saya bukan sengaja menolak berlakon filem 'Dimensi Cinta' tetapi kalau boleh saya nak berlakon filem yang memberikan watak berlainan kerana penonton mengeluarkan duit untuk menonton filem lakonan saya.

“Lagipun, saya belum menandatangani sebarang kontrak dan berjanji untuk berlakon filem itu.

“Semasa datang pada hari pelancaran filem ini dulu, saya juga belum mendapat skrip dan tidak tahu watak yang bakal dilakonkan. Yang saya tahu masa tu adalah watak pembantu,” ulas wanita yang baru mengikat kontrak sebagai duta kosmetik Avon.

Dia mengikat kontrak selama setahun mulai tahun ini.

Selain itu, Rozita juga sibuk menjalani pengambaran drama di samping menanti banyak drama lakonannya sebelum ini yang masih belum disiarkan.

Menurut Rozita, selepas bergelar pelakon sejak lebih tiga tahun lalu, kini dia sudah menjayakan kira-kira 100 buah drama dan empat buah filem.

Antara filem tersebut adalah ‘Jangan Tegur’, ‘Sifu & Tongga’, ‘Kantoi’ dan ‘Misteri Balan-Balan’.

Tidak lama lagi, Rozita akan memasuki pengambaran filem ‘Aman’ di bawah arahan Prof. Hatta Azad Khan.

Dia akan berlakon di samping kumpulan Senario dan Eman Manan.

“Saya akan memegang watak isteri kepada Eman Manan yang suka berhias dengan sanggul di kepala dan ‘glamour’,” cerita Rozita mengenai serba-sedikit filem yang bergenre komedi itu.

Menjanda akibat fokus kerja dan abai suami

Terbaru, Rozita akan menjalani pengambaran drama 13 episod ‘3 Janda’ di mana dia memegang watak Kartika Zambri, seorang wanita korporat yang tegas dan garang, fokus kepada kerja sehingga mengabaikan suaminya, Raqib sehingga akhirnya mereka bercerai.

Dia merupakan kakak sulung kepada Intan (Lisa Surihani) dan Suria (Norliana Samsudin) yang turut mengalami nasib yang sama dengannya iaitu memegang status janda dengan kisah hidup yang berbeza.

“Drama ini mempunyai kena-mengena dengan hidup saya tetapi kehidupan berkahwin dengan lelaki muda itu adalah tidak sama,” ujar Rozita.

Drama terbitan MIG Beats Sdn. Bhd. untuk siaran Astro ini akan memulakan pengambaran sekitar Kuala Lumpur mulai 5 Mac ini di bawah arahan Nor Jauza Rasidi (Joeza) yang pernah mengarah drama Renjis musim pertama.

Drama ini akan menggantikan drama episod Mertua Vs Menantu dalam slot yang sama mulai 22 April di Astro Prima (saluran 105), setiap Rabu, pukul 10 malam.

iklan

Video

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan