Pereka fesyen Dolce tertawan dengan kejelitaan Scarlett

Diterbitkan: Rabu, 4 Mac 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Pereka fesyen terkenal Domenico Dolce terpaut dengan kejelitaan paras rupa milik aktres Scarlett Johansson.
Pereka fesyen terkenal Domenico Dolce terpaut dengan kejelitaan paras rupa milik aktres Scarlett Johansson.

WALAUPUN ramai diva Hollywood sudah mengenakan jenama terkenal D&G tapi pereka fesyen Domenico Dolce begitu kagum sekali dengan kejelitaan paras rupa milik aktres Scarlett Johansson.

Meskipun ramai jelitawan selebriti seperti Jennifer Lopez, Gisele Bundchen, Madonna, Monica Bellucci, Christina Aguilera, Kylie Minogue ditemuinya sebelum ini, hatinya tetap terpaut pada Scarlett.

"Saya tidak dapat melepaskan pandangan saya pada Scarlett waktu pertama kali saya melihat wajahnya.

"Saya lihat bagaimana indahnya cara dia bergerak dan saya dapat rasakan keghairahannya, sama seperti wanita Mediterranean yang lain. Itu membuat saya terus tertawan," kata Domenico Dolce.

"Saya lantas terbayang bagaiman agaknya kalau saya dapat berjumpa dengannya jauh dari pandangan orang ramai dan mereka fesyen untuk dia.

"Sebagai seorang pereka fesyen, saya teringin sekali hendak mengambil ukuran badannya dan mereka baju untuknya," katanya lagi.

D&G baru-baru ini telah melantik Scarlett untuk menjadi wajah baru bagi kosmetiknya. Aktres berkulit gebu itu telah pun berjumpa dengan dua orang pereka fesyen terkenal, Dolce and Stefano Gabbana, di Gala Kostum New York metropolitan tahun lepas.

iklan

Video

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Selasa, 15 Ogos 2017 9:00 AM

Abang Long Fadil 2 Telan Belanja RM 3.2 Juta

Kolumnis

iklan

Iklan