Chef Wan restui 'bakal suami' Serina!

Diterbitkan: Rabu, 4 Mac 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Chef Wan akui cerewet bab memilih menantu. -foto The Star oleh Uu Ban
Chef Wan akui cerewet bab memilih menantu. -foto The Star oleh Uu Ban

SELEBRITI chef terkenal Chef Wan memang cerewet bab memilih menantu. Chef terkenal ini susah untuk berkenan dengan calon menantunya, tidak kira samada orang itu berharta atau berkedudukan, bujang ataupun duda.

Kriteria yang diinginkannya belum tentu dapat dipenuhi oleh teman lelaki anak dara kesayangannya, Serina, aktres popular yang jelita itu.

Mungkinkah kerana gaya hidupnya yang sudah mencapai status 'rich dan famous' membuat Wan begitu berhati-hati apabila Serina digosipkan intim dengan lelaki mana sekalipun?.

"Walaupun Wan selalu ke luar negara, Serina dan Nadzri selalu berkongsi apa saja masalah dengan Wan.

"Tambah pula kalau mereka ada boyfriend atau girlfriend, semuanya akan diberitahu kepada Wan," kata selebriti yang baru saja genap usianya 51 tahun pada 6 Januari lalu.

Tapi sejak akhir-akhir ini, wajah Wan menguntum senyuman bahagia dan tampak riak-riak gembira dengan pilihan teman lelaki Serina yang baru, Kevin, seorang pemuda Inggeris kacukan berusia 32 tahun.

Ternyata kehadiran Kevin dalam hidup Serina mendapat lampu hijau dari Wan. Bukan setakat itu saja, malah Wan sendiri sudahpun berkenalan dengan bakal menantunya, iaitu seorang tokoh perniagaan yang mempunyai rangkai pakaian sukan di beberapa negara di rantau ini.

Serina dan Kevin mula berkenalan lapan bulan yang lalu dan mereka diperkenalkan oleh seorang teman.

Apa yang lebih menambat hati Wan tentang Kevin ialah beliau telah memeluk agama Islam lama sebelum berkenalan dengan Serina.

"Apa-apapun agama itu penting kerana sebagai suami dia wajib mendidik Serina. Saya sudahpun berjumpa dan menyelami hati Kevin. Nampaknya inilah lelaki yang paling serasi dengan Serina.

"Lagipun dia nampak serius dan mempunyai prinsip hidup yang boleh dibanggakan. Pekerjaannya juga stabil dan orangnya pun boleh tahan kacak," kata tokoh chef yang disegani di rantau Asia ini.

Menurut Wan, Kevin dan Serina sudah membuat perancangan untuk berkahwin pada tahun ini tetapi memandangkan adik Kevin juga akan berkahwin tahun ini, maka tarikh kahwin mereka diinjakkan kepada bulan Januari, tahun hadapan.

"Bakal besan pun saya dah jumpa. Keluarga mereka pun baik-baik dan bersifat terbuka. Mereka menerima Serina dengan senang hati," jelas Wan yang berkunjung ke kediaman bakal besannya di United Kingdom baru-baru ini.

Tambah selebriti yang peramah dan rendah diri ini, sebagai ayah dia sendiri rasa resah bila melihat kesesuaian lelaki yang berdamping dengan Serina.

"Sebagai ayah, tentulah Wan risau tentang pilihan Serina. Sebolehnya, Wan doa dia dapat suami yang boleh membimbing dan membahagiakannya.

"Wan telah cuba beri segalanya pada anak-anak Wan. Jadi bila mereka berumahtangga, tentulah Wan ingin tengok kebahagiaan ini berterusan," kata Wan yang selalu mendapat pengiktirafan dari dalam dan luar negara atas sumbangannya sebagai selebriti yang menaikkan martabat Malaysia di mata dunia.

Wan juga tidak menafikan yang dia agak cerewet bila tiba bab pilih menantu.

"Memang Wan cerewet. Anak kita, tentulah kita mahukan yang terbaik untuknya. Teman lelaki Serina yang dulu, sebelum Kevin tu pun ok juga.

"Mereka telah berkawan tiga tahun dan tiba-tiba hendak pergi sambung belajar ke luar negara. Seorang lelaki patut membuat pendirian apa yang dia mahu.

"Takkan setelah tiga tahun, dia masih tidak boleh buat keputusan ke mana sudahnya hubungan dia dengan Serina.

"Wan bangga Serina bijak buat keputusan yang tepat dan tegas," kata Wan yang sibuk menjelajah serata dunia sebagai 'Duta' Malaysia untuk promosi makanan dari negara ini.

Perancangan untuk melihat hari bahagia Serina sudahpun bermain di kotak fikiran Wan.

"Insya Allah kalau mereka ada jodoh, adalah...," kata Wan yang kini risau memikirkan kesihatan ayahanda tercinta, Ismail Md Nor, 74, yang kini sedang dirawat di Hospital Lumut kerana mengidap kencing manis kronik.

Ayah Wan sudah tiga bulan terlantar di hospital. Disebabkan kesibukan tugas yang memaksanya menjelajah ke segenap benua, Wan terpaksa akur.

"Setiap masa yang ada, Wan akan luangkan bersama ayah. Kalau berjauhan, Wan akan memantau sekurang-kurangnya tiga, empat kali sehari. Serina dan Nadzri rajin melawat datuknya.

"Memang Wan tak senang duduk, selalu risaukan kesihatan ayah Wan. Apa yang termampu, Wan sudah berikan.

"Kini apa yang boleh Wan lakukan ialah menyediakan apa saja keperluan dan nasihatkan ayah supaya ikut cakap doktor kerana biasalah orang tua, agak degil sikit.

"Bila terbaca di internet Siti Nurhaliza kehilangan ayah tercinta, bergenang airmata Wan. Terus Wan terkenang ayah Wan yang sakit. Susah juga bila kita berjauhan dan tiba-tiba rindukan ayah dan keluarga tersayang....

"Tapi sedih macam manapun, Wan terpaksa teruskan kerja-kerja Wan. Wan redha dengan segala dugaan ini," kata anak sulung dari tujuh beradik yang memulakan kariernya sebagai akauntan bertauliah satu ketika dulu.

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Kolumnis

iklan

Iklan