Rihanna-Brown kembali bersama, bawa mesej negatif - Berita Hiburan | mStar

Rihanna-Brown kembali bersama, bawa mesej negatif

Diterbitkan: Selasa, 3 Mac 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Cinta telah 'membutakan' hati dan perasaan Rihanna yang sanggup menerima kekasih yang pernah memukulnya dengan teruk.
Cinta telah 'membutakan' hati dan perasaan Rihanna yang sanggup menerima kekasih yang pernah memukulnya dengan teruk.

PAKAR keganasan rumahtangga amat kecewa dengan berita Rihanna kembali kepada kekasihnya Chris Brown.

Brown, 19, yang ditahan kerana membelasah penyanyi popular Rihanna, telah didakwa kerana menyerang penyanyi berusia 21 tahun itu setelah selesai parti pra-Grammy pada 8 Februari.

Setelah insiden itu, Brown berusaha sedaya boleh untuk memenangi semula hati Rihanna dengan memberinya hadiah-hadiah mahal pada hari jadi Rihanna, sebagai cara untuk meminta maaf kononnya.

Pasangan ini kelihatan bersama di rumah Sean'Diddy Combs' baru-baru ini.

Perubahan ini membuat pakar keganasan rumahtangga gusar, apakah mesej yang ingin disampaikan kepada peminat-peminatnya?

"Apabila anda terlalu rapat dengan seseorang, anda tidak akan teragak-agak memberi peluang kepada orang itu," jelas Madeline Garcia Bigelow, pengarah projek keganasan domestik di Manhattan's Urban Justice Center.

"Masalahnya ia memberi gambaran yang negatif kepada orang di luar sana. Seolah-olah ianya ok untuk meneruskan hubungan walaupun setelah dipukul.

"Anda hanya perlu ucapkan maaf dan teruskan perhubungan," kata pakar psaikologi Manhattan, Dr. Jane Greer.

"Rihanna adalah seorang role model, itu sebabnya kita semua prihatin langkah yang diambilnya," kata Jane.

   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan