Azizah: Zaefrul pun bukan 'taste' saya!

Diterbitkan: Selasa, 3 Mac 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Azizah akui ada menerima ratusan SMS yang tidak henti-henti daripada nombor yang tidak kenali gara-gara kes tersebut
Azizah akui ada menerima ratusan SMS yang tidak henti-henti daripada nombor yang tidak kenali gara-gara kes tersebut

SEJAK cerita ‘panas’ antara dua pelakon Spa Q 2 iaitu Azizah Mahzan dan Zaefrul Nordin dimainkan didada akhbar, laman web dan televisyen pada pertengahan bulan lepas, dua pelakon ini tidak lepas daripada memberikan kenyataan apabila ‘disoal-siasat’ oleh pihak media.

Bukan mereka berdua sahaja, malah orang yang berkaitan dengan pasangan ini seperti aktres Norish Karman dan produser Zaiton Muhd. Jiwa turut dijadikan modal untuk bercakap.

Pelbagai kenyataan yang diberikan sehinggalah cerita ini menjadi topik hangat dan panas dan dimainkan berminggu-minggu.

mStar Online sekali lagi cuba mendapat aktres Azizah Mahzan bagi menyoal serba-sedikit perkara yang memerlukan penjelasan.

Walaupun Azizah sedang sibuk menjalani pengambaran drama episod Segalanya Kuterima untuk TV3, beliau sempat lagi memberikan kerjasama untuk menjawab setiap persoalan.

Berilah penjelasan banyak mana sekalipun, Azizah berkata dia tidak pernah berasa apa-apa kerana dia tidak membaca dan menonton semua cerita yang memaparkan tentang dirinya kerana dia tidak mahu berasa gembira atau sedih dengan apa yang dikeluarkan oleh media.

“Saya juga tak nak ambil tahu lagi bagi mengelakkan rasa leceh. Jadi, saya hanya menggunakan telefon bimbit saya untuk berbual atau menghantar Sistem Pesanan Ringkas (SMS) atau emel untuk berhubung dengan orang lain.

“Sama ada orang suka atau tidak, saya ok dengan semua orang. Saya juga senang ditemubual secara terbuka dan selepas ini terpulang sama ada orang lain hendak terima atau tidak.

“Saya seorang yang ‘open’. Alhamdulillah, semasa saya menjalani pengambaran di Tampin, Melaka, sekarang, orang kampung sudah tidak membenci saya lagi termasuk pelakon-pelakon lain seperti Abu Bakar Omar, Que Haidar, dan ramai lagi,” luah Azizah apabila ditanya tentang perasaannya setelah membuat penjelasan tempoh hari.

Malah bukan itu sahaja, Azizah juga ada menerima ratusan SMS yang tidak henti-henti daripada nombor yang tidak kenali.

“Ada yang menghantar mesej simpati dan ada juga yang mengajak saya berkahwin dan bertanya sama ada saya sunyi atau tidak.

“Satu tahap apabila saya sudah tidak tahan dengan mesej daripada nombor yang sama itu, terus saya menghubunginya dengan bertanyakan siapa dan bagaimana dia mendapat nombor saya.

“Dia menjawab ‘Bukan ke kita pernah berbual di internet sebelum ini?’. Saya tak pernah berbual di internet pun. Saya tidak terdesak untuk mencari teman lelaki sehingga mengajak berbual menggunakan internet.

“Selepas itu, ada sahaja mesej masuk dari pukul 9 pagi sehingga 4 pagi tetapi nombor itu yang kerap masuk. Dia pula tidak mahu beritahu berbual dengan siapa di internet.

“Jika diikutkan dia menghubungi saya sejak lima hari lalu tetapi sejak saya berikan nombornya kepada krew satu produksi dengan saya di set pengambaran, terus dia tidak menganggu saya lagi.

“Kalau keadaan semakin teruk, saya tidak teragak-agak untuk menukar nombor telefon bimbit ini nanti. Bukan saya tidak pernah buat seperti itu sebelum ini.

“Saya bukannya tidak mahu membuat laporan tetapi tidak mahu keadaan lebih menyusahkan,” terang pelakon versatil ini.

Diaju tentang reaksinya apabila mendengar penjelasan daripada pelakon utama Spa Q 2 iaitu Norish Karman memberikan komen tentang dirinya dan Zaefrul, Azizah menjawab dirinya tidak tahu-menahu tentang apa yang diperkatakan tentang aktres itu lalu tiada komen tentang hal itu.

Azizah juga pernah menolak tawaran untuk berlakon drama Spa Q 2 atas alasan tersendiri namun setelah banyak kali dipujuk oleh pengarahnya Redza Fahmi, wanita ini terus menerimanya walaupun hatinya berat untuk menerima khuatir sekiranya perkara yang difikirkan berlaku.

“Pada mulanya, pihak produksi berjanji untuk mengambil saya sebagai pelakon undangan sahaja dan mereka tidak akan mengambil saya untuk berlakon untuk musim kedua lagi.

“Tetapi, sebaliknya berlaku apabila Redza berkata mereka masih mahu mengekalkan watak saya sebagai artis jemputan kerana mereka suka karektor saya.

“Saya tak berjanji malah berkata yang saya tidak mahu berlakon dengan Spa Q lagi. Saya telah hantar surat kepada produser dan pengurus produser.

“Akhirnya, saya terima juga selepas banyak kali dipujuk oleh Redza. Namun, lain kali saya tidak mahu terima lagi sebab saya percaya dengan naluri saya,” jelas Azizah yang seolah-olah serik untuk menerima tawaran berlakon drama episod Spa Q sekiranya ada lagi pada musim akan datang.

Berbalik kepada gosipnya dengan Zaefrul, apabila meminta reaksinya sama ada dia berkecil hati atau tidak mengenai kenyataan Zaefrul yang mengatakan Azizah bukan ‘taste’ lelaki itu, terus wanita ini menjawab sambil tertawa.

“Saya langsung tidak berkecil hati dengan kenyataan Zaefrul itu sebab dia pun bukan ‘taste’ saya.

“Jika hendak mencari pasangan, saya lebih suka mengamalkan prinsip kita hidup atas dasar percaya dan bukan atas nama cinta. Setakat ini, memang saya belum bertemu sesiapa yang layak.

“Kalau nak kata kawan, memang kawan saya agak terhad. Saya lebih suka berkawan dengan orang-orang tua kerana saya lebih seronok bercerita dan mendengar.

“Saya boleh rapat dengan Zaefrul pun disebabkan kami menjalani pengambaran bersama,” beritahu Azizah yang turut mengakui tidak pernah menganggap dirinya sebagai ‘role model’.

Lalu, Azizah berkata dia hanyalah orang biasa yang tidak pernah menganggap dirinya seperti artis lain yang sentiasa bergantung dengan mekap serta bergaya menawan di hadapan khalayak ramai.

“Saya rasa ikut suka hati apa yang saya nak buat. Misalnya, saya tidak suka bersolek.

“Bagi saya, kalau orang lain mahu saya tampil dengan solekan, mereka perlu lakukan untuk saya kerana saya memang tak reti bersolek.

“Semua perkara yang saya lakukan juga secara spontan. Saya ni jenis tidak menolak jika sesiapa pelawa untuk merakamkan gambar bersama.

“Saya juga tidak menganggap diri sebagai trendsetter dan saya tidak suka mencari pereka fesyen apabila tiba malam anugerah.

“Saya lebih suka meminjam baju adik saya dan memakai apa yang ada. Jadi, sebab itu orang pernah mengatakan saya tidak ‘presentable’,” ulasnya yang lebih gemar bergaya santai dengan baju-T dan seluar jeans apabila ke mana-mana.

Begitu juga apabila ditanya tentang adakah kerjaya seninya tergugat apabila menerima kontroversi akibat penyebaran gambar intimnya dengan Zaefrul di internet, Azizah mengucap kata syukur bilamana beliau masih diterima dalam industri ini.

“Alhamdulillah, saya akan terlibat dengan teater pada tahun depan. Saya juga ada ditawar berlakon teater Mahsuri arahan Fauziah Nawi tetapi setakat ini saya tidak pasti jadi atau tidak. Saya juga akan berlakon di bawah Uwei dan Petronas.

“Jadi, saya belum merasai kesannya. Saya juga tak pernah terfikir sama ada selepas ini kerja saya akan ditarik atau tidak.

“Saya terima sahaja jika itu realiti saya...,” akhirinya.

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan