Ashraf makin sebati jadi pemuda alim

Diterbitkan: Selasa, 3 Mac 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Ashraf bersama Betty Banafe yang turut membintangi drama bersiri Yusuff - foto THE STAR oleh SHAARI CHEMAT
Ashraf bersama Betty Banafe yang turut membintangi drama bersiri Yusuff - foto THE STAR oleh SHAARI CHEMAT

HARI demi hari, populariti yang diraih oleh pelakon dan model kacak ini semakin hebat. Tidak hanya bersandarkan pada paras rupa, Ashraf Muslim nyata dilihat antara pelapis hero drama tempatan apatah lagi wajahnya kini cukup kerap dilihat menghiasi kaca televisyen menerusi drama-drama hebat.

Lakonan cemerlang yang sering dipamerkan oleh jejaka berusia 28 tahun ini ternyata berjaya mencuri perhatian ramai. Salah satu watak yang sehingga kini masih berbekas di hati penonton ialah peranannya sebagai seorang pemuda alim bernama Ustaz Amirul yang dilakonkannya di dalam drama bersiri Puaka Niyang Rapik.

Malah, tutur pelakon kelahiran Teluk Mas, Melaka ini, impak watak tersebut cukup kuat sehingga ada juga yang meminta dirinya untuk mengubat penyakit.

"Terkejut juga saya bila ada yang berjumpa saya dan minta saya mengubati penyakit mereka. Sampai macam tu sekali orang percaya bahawa saya ini benar-benar seorang ustaz.

"Malah, ada yang terserempak dengan saya diluar turut memanggil saya Ustaz Amirul. Satu penghargaan buat saya apabila lihat ramai yang kenal akan watak tersebut.

"Lagipun, secara peribadi, watak tersebut memang cukup mencabar berbanding drama-drama lain lakonan saya. Lebih menggembirakan saya ialah bila mendapat tahu rating drama tersebut amat tinggi dan jika tidak silap saya ia mencecag 3.6 juta penonton," kata Ashraf.

Perkhabaran itu bukan saja menggembirakan kekasih kepada aktres Sherry Ibrahim ini, tetapi ia turut membanggakan pengarahnya, Ahmad Idham yang juga bercadang untuk menghasilkan drama itu dalam bentuk filem pula.

Dan jika perancangan itu menjadi kenyataan, kata Ashraf, ia akan menjadi filem sulung lakonannya dan akan terus memegang watak yang sama di dalam filem itu nanti.

"Buat masa ini, perkara itu masih dibincangkan. Tetapi, kemungkinan besar filem itu akan memulakan penggambaran pada Mei depan," kata pelakon yang juga pernah beraksi di pentas teater menerusi Patriot dan Patung Kertas.

Menurut Ashraf lagi, dia akui cukup selesa membawakan karektor 'alim' seperti itu. Bagi jejaka ini, dapat membawakan watak yang mampu memberi kesedaran kepada penonton adalah satu kepuasan terhadap dirinya.

Lantaran itu, apabila dia ditawarkan untuk memegang watak Yusuff di dalam drama bersiri yang diinspirasikan dari kisah Nabi Yusuf, Ahsraf tidak berfikir panjang untuk menerimanya.

Drama berjudul Yusuff itu merupakan arahan Hitler Zami dan akan mula ditayangkan di slot Samarinda TV3 pada 4 Mac ini. Selain Ashraf, ia turut dibintangi oleh pelakon-pelakon seperti Ashraf Muslim, Zarynn Min, Datuk Jalaluddin Hassan, Abby Abadi, Intan Sarafina, Puteri Fateen dan Zed Zaidi.

Memegang watak sebagai lelaki yang baik bernama Yusuff, kata Ashraf, dia akui ada sedikit persamaan antara karektor tersebut dengan dirinya. Namun, untuk drama itu, dia perlu membawakan karektor berusia 18 dan 20 tahun.

Drama ini mengisahkan tentang Yaacob yang dijanjikan oleh Kemat untuk dinikahkan dengan anak angkatnya, Suhana. Namun akhirnya Kemat menikahkan Yaacob dengan anak kandungnya, Rabiah.

Perkara itu membuatkan Suhana kecewa dan meninggalkan kampung. Setelah beberapa tahun, Yaacob bertemu semula dengan Suhana dan mereka akhirnya berkahwin. Ini membuatkan Rabiah mengamuk dan berjanji akan membalas dendam.

Setelah Suhana melahirkan bayi lelaki bernama Yusuff, kemarahan Rabiah semakin menebal. Melalui bantuan anak-anaknya, Yusuff telah dicampakkan ke dalam gaung tanpa pengetahuan Suhana dan Yaacob yang menyangkanya hilang.

Bermulalah episod baru dalam hidup Yusuff yang kemudiannya diselamatkan dan dibesarkan oleh ketua kumpulan gangster bernama Aziz. Setelah meningkat dewasa, dalam diam ibu tirinya, Zahila turut menyimpan perasaan terhadap Yusuf.

Kata Ashraf, selepas ini, dia akan sibuk dengan penggambaran drama komedi berjudul Agen Gus Gus yang berkonsepkan ala-Kyle XY, sebuah siri popular antarabangsa.

Dalam masa yang sama, Ashraf turut menerima pelbagai tawaran lain. Namun, tegas anak muda ini, dia tidak mahu rakus menerima semua tawaran sekaligus.

Bagi Ashraf, dia lebih selesa menumpukan perhatian terhadap satu demi satu kerja agar konsentrasinya tidak terganggu.

"Saya mahu menghayati watak sebaik mungkin dan saya rasa untuk lakukannya, saya tidak mahu terima banyak 'offer' lain dalam satu masa yang sama.

"Tidak pernah pula saya rasa tindakan ini akan merugikan saya. Lebih baik watak saya itu dapat tinggalkan kesan mendalam kepada penonton dan mungkin jika keberkesanan watak itu 'menjadi', tidak mustahil lebih ramai produser akan tawarkan 'job' kepada saya," kata Ashraf yang turut tersenarai antara lima artis lelaki popular untuk kategori Pelakon TV Lelaki Popular dalam Anugerah Bintang Popular 2008.

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan