Pengundi SMS beri 'harapan palsu' pada Amir?

Diterbitkan: Isnin, 2 Mac 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Amir berjaya ke peringkat akhir Raja Lawak meskipun dilihat tidak layak beraksi di pentas akhir program itu
Amir berjaya ke peringkat akhir Raja Lawak meskipun dilihat tidak layak beraksi di pentas akhir program itu

SEMEMANGNYA tidak adil jika peserta yang paling corot persembahannya diangkat dan dipilih ke pusingan akhir sedangkan peserta yang jauh lebih baik tersingkir.

Itulah penangan dan 'kekuatan' pengundi SMS yang membenarkan peserta Raja Lawak musim ketiga, Amir mara ke pusingan akhir. Dan peserta berkumpulan LNJ terpaksa berputih mata dan menerima untung nasibnya setakat ini saja.

Kalau hendak diikutkan prestasi yang ditunjukkan pada persembahan pusingan kesembilan yang membawa tema 'Kisah Cinta", Amir adalah peserta yang diharapkan tersingkir.

Bukan saja majoriti beranggapan begitu malah dua juri tetap Fazuiah nawi dan Zaibo serta juri jemputan, Radhi Khalid juga bersetuju yang Amir tidak layak dan tidak mampu menandingi yang lain.

Lain pula yang terjadi apabila peserta berkumpulan LNJ terpaksa dikeluarkan pada Jumaat lepas, memberikan laluan mudah untuk Amir ke final.

Amir sendiri kelihatan 'terperanjat' dengan keputusan itu. Begitu juga dengan Fauziah dan Zaibo, masing-masing seperti tidak mahu membuat pengumuman yang LNJ terkeluar dan bukannya Amir, seperti yang disangkakan.

Keistimewaan Amir, peserta paling rendah fizikal dan idea lawaknya sukar diramal. Mungkinkah 'SMS simpati' yang diperolehi tidak terjangkau oleh akal? Namun apa yang dikesalkan apabila Amir sendiri tidak menampakkan perubahan mahupun peningkatan. Dia selesa dengan lawak yang menjengkelkan dan tidak cerdik itu.

Bukan saja cakap Kelantannya sukar difahami, 'lawak'nya yang tidak lawak membuat ramai jemu dan tidak sabar-sabar melihat Amir disingkirkan setiap minggu. Amir juga ketandusan idea, tidak kreatif, tidak bijak menyusun cerita tidak kira apapun tajuk yang diberikan.

Boleh dikatakan Amir membuat persembahan 'syok sendiri' saban minggu dan makin lama makin teruk prestasi Amir kerana dia diberi 'harapan palsu' oleh pengundi SMS yang tidak jemu-jemu memberi dia mandat setiap minggu.

Bila persembahan Amir dikutuk, semakin banyak kononnya SMS yang dipungut Amir.

Sepatutnya Amir tidak sampai pun ke tahap sekarang kerana bukan saja dia peserta paling lemah, yang lebih sedih dia langsung tidak boleh diiktiraf sebagai peserta Raja Lawak, jauh sekali pelawak.

Kalau sekadar pakej 'comel' yang dimilikinya, sampai bila pakej ini akan dapat membantu Amir membina angan-angan untuk menjadi pelawak terkenal sedangkan bakatnya tidak kemana.

Kehadiran Amir antara salah seorang peserta final Raja Lawak juga menimbulkan cakap-cakap sumbang. Ke mana prestij dan maruah Raja Lawak musim ketiga hendak dibawa?.

Setelah meletak 'benchmark' membanggakan dengan kemunculan pelwak pelapis seperti Johan, Zizan, Nabil, tiba-tiba piawai yang diletakkan di musim ini direndahkan martabatnya kerana terpaksa disesuaikan dengan keupayaan perseta seperti Amir.

Dua lagi perserta yang akan ke pusingan akhir Jumaat ini ialah kumpulan Sepah dan satu-satunya pelawak wanita iaitu Jihan. Jika kumpulan Sepah menunjukkan bakat komedi mereka secara spontan, lucu dan santai dan selalu konsisten setiap minggu sehingga ramai beranggapan Sepah akan menjadi juara, Jihan tidak kurang hebatnya. Hanya di saat-saat akhir, Jihan bangun dan menunjukkan ideanya lucu dan bijak.

Tidak mustahil Jihan menjadi juara, kalau bukan Sepah. Amir? Cukuplah kesilapan membawa Amir ke pusingan akhir, jangan membuat kesilapan kali kedua pula.

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Kolumnis

iklan

Iklan