Megan dan tunangnya Green berpisah

Diterbitkan: Isnin, 2 Mac 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Fox akhirnya berpisah dengan tunangnya Brady.
Fox akhirnya berpisah dengan tunangnya Brady.

DALAM diam-diam Megan Fox dan tunangnya Brian Austin Green sudahpun berpisah secara rasmi, mengikut satu laporan baru-baru ini.

"Perhubungan itu berakhir dengan baik. Kini mereka berkawan seperti biasa, " kata laporan itu.

Fox, 22 (yang berlakon sebagai Mikaela dalam sekuel 'Transformers: Revenge of the Fallen'), dan Green, 35 (bintang Fox's Terminator: The Sarah Connor Chronicles), kini hanya mahu menumpukan perhatian terhadap kareier masing-masing.

Sebelum ini, pasangan yang hangat bercinta itu, pernah membuat tatu nama masing-masing di tubuh mereka.

Mereka berjumpa pada tahun 2004 dan bertunang dua tahun kemudian, 2006.

Pada bulan November tahun lepas, mereka merancang untuk berkahwin. Dan Fox pernah memberitahu media yang dia merancang untuk berkahwin secara sederhana dalam satu majlis yang paling ringkas tanpa membuat apa-apa persediaan.

Kata Fox, dia dan Green (yang mempunyai anak lelaki berumur 6 tahun dari perhubungannya yang lepas) tidak pernah berbincang pasal anak.

Dan Green juga pernah ditanya tentang gosip perpisahan dia dan Fox.

"Kami tidak pernah berasa hati. Selalunya kami akan makan malam dan minum wine. Saya sukakan segalanya tentang Fox," katanya.

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan