Karier Katie Holmes bertambah suram

Diterbitkan: Isnin, 2 Mac 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Saat bahagia Katie Holmes bersama Tom Cruise.
Saat bahagia Katie Holmes bersama Tom Cruise.

SIAPAPUN aktres yang dikaitkan dengan nama Tom Cruise selalunya akan mendapat perhatian dan meraih populariti.

Lihat saja nasib wanita-wanita jelita yang pernah mendampingi Cruise seperti Nicole Kidman dan Penelope Cruz - kedua-duanya sudah merasa menggondol Anugerah Academy setidak-tidaknya.

Berlainan pula dengan aktres Katie Holmes. Nampak gaya nasibnya hampir serupa dengan bekas isteri Cruise yang pertama, Mimi Rodgers. Walaupun diberi watak penting dalam Broadway, namanya agak suram.

Katie juga begitu. Wataknya dalam filem 'Thank You for Smoking' yang difilemkan sebelum dia bercinta dengan Cruise menjadi kontroversi disebabkan adegan asmara yang cuba dihalang oleh Cruise.

Tahun lepas, Katie berlakon dalam filem yang tidak berapa bermutu, 'Mad Money'.

Tak lama lagi, Katie akan berlakon dalam 'The Extra Man', filem komedi yang akan dibintangi oleh Kevin Kline dan John C. Reilly. Ramai yang berkata wataknya terlalu kecil dan tidak memerlukan banyak usaha.

Di usia 30, nama Katie sepatutnya berada di puncak seiring dengan nama-nama aktres lain yang jelita dan berbakat seperti Anne Hathaway, Amy Adams dan Angelina Jolie.

Entah apa silapnya, nama Katie masih di takuk lama.

iklan

Video

Jumaat, 18 Ogos 2017 8:00 AM

#akuStar: Slash - Melodi Kasih

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Kolumnis

iklan

Iklan