Hilfiger jadi ayah lagi di usia 57

Diterbitkan: Isnin, 2 Mac 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Hilfiger mengahwini Dee dua bulan yang sudah dan perkahwinan itu telah diadakan secara eksklusif di estet mewahnya Greenwich, Conn, pada bulan Disember.
Hilfiger mengahwini Dee dua bulan yang sudah dan perkahwinan itu telah diadakan secara eksklusif di estet mewahnya Greenwich, Conn, pada bulan Disember.

PEREKA fesyen terkenal Tommy Hilfiger akan menjadi ayah lagi. Berita ini disahkan baru-baru ini.

Hilfiger yang berusia 57 tahun itu benar-benar teruja dengan berita gembira yang disampaikan oleh isteri mudanya, Dee Ocleppo.

Kata agennya, "Ternyata kedua mereka sungguh bahagia kini dan sedang meraikan berita itu dengan sahabat mereka."

Hilfiger mengahwini Dee dua bulan yang sudah dan perkahwinan itu telah diadakan secara eksklusif di estet mewahnya Greenwich, Conn, pada bulan Disember.

Pasangan ini pernah berkahwin sebelum ini. Hilfiger mempunyai empat orang anak dari perkahwinan yang terdahulu sementara Dee pula mempunyai dua orang anak.

Anak pereka terkenal ini, Ally Hilfiger berusia 24 tahun sedang meniti populariti setelah mengukir nama dalam program realiti, MTV Rich Girls.

Dalam perkembangan lain pula, Hilfiger bercadang menjual rumah 8-biliknya di Greenwich, Connecticut dengan harga AS$ 28 juta.

Kediaman mewah di atas tanah seluas 20,000 kaki persegi itu dilengkapi dengan lapan buah bilik air, kolam mandi, gelanggang tenis dan basketball dan taman yang indah.

Penjualan rumah, yang didiami oleh Hilfiger selama 10 tahun itu, akan diuruskan oleh Sotheby's International Realty.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan