Aishah tampil single ‘Yang Ada Hanya Kenangan’

Diterbitkan: Isnin, 2 Mac 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Aishah mempertaruhkan single 'Yang Ada Hanya Kenangan' hasil ciptaan Azlan Abu Hassan dan lirik oleh Habsah Hassan.
Aishah mempertaruhkan single 'Yang Ada Hanya Kenangan' hasil ciptaan Azlan Abu Hassan dan lirik oleh Habsah Hassan.

KARIER seni penyanyi versatil Aishah belum lagi terpadam dan dia kini telah menghasilkan sebuah single terbaru berjudul, ‘Yang Ada Hanya Kenangan’.

Bagi penyanyi yang popular dengan lagu Janji Manismu dan Tiada Lagi Tangisan ini, beliau akan mencetuskan kelainan daripada segi pemilihan lagunya.

Menurut Aishah, dengan pemilihan lagunya itu, ia juga sekaligus menunjukkan yang kali pertama Aishah bekerja dengan komposer Azlan Abu Hassan.

“Kali ini merupakan kali pertama saya memilih Azlan sebagai komposer lagu Yang Ada Hanya Kenangan.

“Lagu ini berbeza dengan lagu-lagu beberapa tahun lalu di mana pendengar kena mendengarnya beberapa kali baru mereka dapat ‘tangkap’ lagu itu.

“Ada setengah pendengar terus boleh ‘tangkap’ selepas sekali mendengarnya. Apa-apa pun kita tengok dahulu macam mana kerana sekarang ini saya baru edarkan lagu ini di stesen-stesen radio,” ulas Aishah.

Beliau akui yang lagu terbarunya ini mungkin kurang menyengat berbanding lagu-lagu yang dinyanyikan olehnya sebelum ini.

“Sebenarnya, saya sengaja memilih lagu seperti ini kerana saya ingin mencuba sesuatu yang baru.

“Saya tidak mahu biasakan pendengar hanya mendengar satu kategori lagu seperti yang saya berikan sebelum ini. Jadi, saya nak ‘break whole the pigeon’.

“Saya tahu lagu ini agak berlainan. Jadi, saya rasa sedikit bimbang jika orang lain tidak dapat menjangkakan yang lagu itu seperti lagu saya.

“Namun begitu, saya berasakan cara muzik itu digarapkan adalah mengikut peredaran muzik kegemaran sekaligus ‘capture’ pasaran sekarang.

“Saya nak berikan kejutan kepada pendengar dengan sesuatu yang segar,” jelas Aishah mengenai lagu yang ditulis oleh Habsah Hassan itu.

Mengikut perkiraan Aishah, lagu ‘Yang Ada Hanya Kenangan’ mula dirakamkan kira-kira dua bulan lalu.

Oleh itu,tidak mustahil sekiranya beliau mahu menghasilkan beberapa buah single lagi sebelum menerbitkan sebuah album.

“Jika diikutkan hati, saya tak nak tunggu lama-lama untuk menghasilkan sebuah album. Jadi, mungkin selepas menghasilkan satu hingga dua single lagi, saya mahu terus menyiapkan satu album.

“Saya akan cuba mencari lagu-lagu baru. Tetapi dalam masa yang sama, saya juga suaka merakamkan lagu-lagu lama. Jadi, mungkin saya akan masukkan lagu ‘cover’,” cerita penyanyi lagu Melukut Seri Gantang, Kurnia dan Derita Seorang Bonda yang ditulis oleh Dr. Mohd Asri itu.

Mengajar menjahit

Selain sibuk menumpukan pada nyanyian, Aishah juga sempat membantu golongan wanita dengan mengendalikan seminar di bawah Jabatan Pembangunan Wanita.

“Saya mengajar menggunakan silabus sendiri kepada golongan berpendapatan rendah terutama di luar Kuala Lumpur seperti Perak dan Kedah selama dua hari.

“Antara silabus yang saya ajarkan adalah menjahit riben, menyulam riben dan benang, membuat aksesori, membuat bunga telur dan bunga rampai.

“Saya juga membuat demo kitar semula yang menggunakan botol plastik,” ujar Aishah yang menyertai program ini sejak hujung tahun lalu.

Cerita Aishah, beliau memang menggemari aktiviti seperti ini kerana beliau sudah mempraktikkan minat tersebut sejak dahulu lagi dengan menjahit baju ‘show’ sendiri dan membuat aksesori.

Tulis buku tentang aksesori

Selain itu, Aishah masih menerima banyak undangan ‘show’. Dalam masa yang sama, jika mempunyai kelapangan, beliau akan menjahit kraftangan sebagai sampel untuk dimasukkan dalam bukunya nanti.

“Saya sedang menulis buku tentang aksesori. Sekarang, aksesori-aksesori itu sudah dibuat. Cuma menanti masa untuk mengambil gambar.

“Saya belum pasti lagi bila ia akan diterbitkan tetapi setakat ini saya mendapat tahu Karisma Publishing berminat untuk menerbitkan buku saya itu," kata Aishah.

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Ayda Jebat Kecewa Mainan Politik

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Kolumnis

iklan

Iklan