'The Incredible Hulk' kembali mengimbau kenangan lama

Diterbitkan: Jumaat, 27 Februari 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

The Incredible Hulk merupakan sebuah drama bersiri yang diadaptasi dari komik Marvel.
The Incredible Hulk merupakan sebuah drama bersiri yang diadaptasi dari komik Marvel.

DRAMA bersiri yang cukup popular sekitar tahun 70-an The Incredible Hulk masih mempunyai pengikut hingga ke hari ini!

Disebabkan popularitinya, drama bersiri ini telah dibawa kembali untuk peminat 8TV sejak 21 Februari lalu, jam 11.45 malam.

The Incredible Hulk merupakan sebuah drama bersiri yang diadaptasi dari komik Marvel. Dibintangi oleh Bill Bixby sebagai Dr. David Banner dan Lou Ferrigno sebagai Hulk. Kenneth Johnson merupakan orang yang bertanggungjawab mengubah konsep dari komik ke televisyen.

“Kami membawakan siri The Incredible Hulk untuk penggemar drama-drama retro. Drama ini pernah memenangi Primetime Emmy dan pernah dicalonkan dalam beberapa anugera berprestij,” ujar Kim, Pengurus Besar Pembangunan Perniagaan, Pemasaran dan Komunikasi 8TV.

Doctor David Banner (Bill Bixby) merupakan seorang saintis yang masih lagi trauma selepas kemalangan ngeri yang membunuh isteri kesayangannya Laura. Bermula dengan kejadian itu, David Banner menjadi semakin obses mencari formula untuk menjadikan manusia semakin kuat dan kebal. Dengan bantuan seorang teman lama Elaina Marks, David melakukan beberapa demostrasi untuk menguji kekuatan sebenar manusia.

David akhirnya menemui formula sebenar menambahkan kekuatan fizikal manusia dan mencuba ke atas dirinya. Pada awalnya, eksperimen David tidak mempunyai apa-apa kesan sampingan namun segalanya berubah apabila beliau tercedera ketika menukar tayar keretanya yang pancit.

Tiba-tiba satu metafora yang mengejutkan berlaku dan Dr. Banner telah bertukar menjadi satu makhluk gergasi berwarna hijau yang cukup menakutkan. Mahkluk itu telah memecahkan kereta Dr. Banner dan mencampaknya ke dalam sebuah parit yang besar.

Apabila terjaga dari tidur, David Banner sendiri keliru dan bingung dengan apa yang telah terjadi kepadanya semalam. David meminta bantuan Elaina dan mereka berusaha untuk mengubah kondisi David untuk kembali normal. Namun kerja mereka tidak begitu mudah kerana diganggu oleh beberapa wartawan yang sibuk menyiasat misteri “Hulk” yang telah melakukan beberapa kekacauan yang cukup tragik.

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan