Intan kembali 'ligat' setelah bergelar isteri

Diterbitkan: Jumaat, 27 Februari 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Status isteri tidak menghalang Intan untuk terus aktif dengan karier seninya - foto THE STAR oleh SHAARI CHEMAT
Status isteri tidak menghalang Intan untuk terus aktif dengan karier seninya - foto THE STAR oleh SHAARI CHEMAT

STATUS isteri tidak pernah menjadi penghalang buat kebanyakan selebriti wanita untuk meneruskan karier seni mereka. Begitu juga dengan penyanyi yang pernah melonjak naik menerusi lagu Kembali, Intan Sarafina atau nama sebenarnya Ungku Intan Sarafina Ungku Yahya ini.

Walaupun perjalanan seninya agak 'perlahan' sebelum dia mengambil keputusan untuk menyertai program realiti One In A Million (OIAM) musim lalu, Intan tetap merangka strategi sendiri untuk terus memastikan namanya masih mampu bertahan di dalam industri ini.

Nasib penyanyi berusia 27 tahun ini cukup baik apabila percaturannya menyertai OIAM membuahkan hasil. Siapa sangka menerusi program itu, rezeki Intan nampaknya lebih banyak ke arah bidang lakonan pula.

Walaupun mendambakan peluang untuk kembali aktif sebagai penyanyi, namun wanita berasal dari Stulang Darat, Johor ini sama sekali tidak mahu menolak rezeki yang terbentang di depan mata.

Menganggap itu adalah satu peluang keemasan buat dirinya melangkah ke bidang lakonan semula setelah muncul di dalam filem 'Janji Diana' beberapa tahun lalu, Intan akhirnya nekad untuk mencuba.

"Alhamdulillah, setakat ini sudah dua drama yang saya lakonkan iaitu Suara Hati dan terbaru, Yusuff yang akan ditayangkan di slot Samarinda. Memang sekarang ini saya sudah rasa semakin selesa untuk berlakon.

"Ada lagi beberapa tawaran yang singgah, tetapi saya kena lihat juga faktor masa memandangkan saya kini sudah mempunyai suami. Lagipun, saya lebih suka terima satu demi satu tawaran supaya lebih fokus.

"Apapun saya bersyukur rezeki tidak putus walaupun kini saya sudah bergelar isteri," kata Intan yang ditemui di majlis ramah-mesra bersama barisan pelakon Yusuff di Bangsar, semalam.

Drama arahan Hitler Zami yang akan mula ditayangkan di TV3 pada 4 Mac ini turut dibintangi oleh pelakon-pelakon seperti Ashraf Muslim, Zarynn Min, Datuk Jalaluddin Hassan, Abby Abadi, Intan Sarafina, Puteri Fateen dan Zed Zaidi.

Di dalam drama yang diinspirasikan dari kisah Nabi Yusuf itu, kata Intan, dia membawakan watak Suhana, ibu kepada Yusuff.

"Sebenarnya, saya hanya membawakan watak Suhana ketika dia masih muda. Suhana adalah anak angkat dan sering dibuli oleh kakaknya Rabiah sehinggakan orang yang Suhana cintai iaitu Yaacob juga dirampas oleh Rabiah.

"Walaupun babak yang membabitkan saya tidak banyak, tetapi melihat kepada jalan ceritanya, drama ini memang sangat menarik," kata Intan.

Drama ini mengisahkan tentang Yaacob yang dijanjikan oleh Kemat untuk dinikahkan dengan anak angkatnya, Suhana. Namun akhirnya Kemat menikahkan Yaacob dengan anak kandungnya, Rabiah.

Perkara itu membuatkan Suhana kecewa dan meninggalkan kampung. Setelah beberapa tahun, Yaacob bertemu semula dengan Suhana dan mereka akhirnya berkahwin. Ini membuatkan Rabiah mengamuk dan berjanji akan membalas dendam.

Setelah Suhana melahirkan bayi lelaki bernama Yusuff, kemarahan Rabiah semakin menebal. Melalui bantuan anak-anaknya, Yusuff telah dicampakkan ke dalam gaung tanpa pengetahuan Suhana dan Yaacob yang menyangkanya hilang.

Bermulalah episod baru dalam hidup Yusuff yang kemudiannya diselamatkan dan dibesarkan oleh ketua kumpulan gangster bernama Aziz.

Ditanya tentang bidang nyanyian pula, kata Intan, ketika ini dia juga di dalam proses menghasilkan single terbaru.

"Single itu adalah projek saya sendiri, tanpa pembabitan mana-mana pihak. Setakat ini saya belum rakamkan lagi lagu tersebut, tetapi apa yang pasti ia akan menampilkan konsep yang lebih pop, tidak seperti dulu yang mana saya lebih ke arah balada.

"Sebenarnya ada juga tawaran untuk saya jadi artis rakaman. Tetapi, tawaran itu tidak begitu bagus, jadi saya rasa lebih baik saya gerakkan sendiri karier nyanyian saya," kata Intan.

Bercerita tentang kehidupan sebagai seorang isteri kini, tutur Intan, dia bersyukur kerana suaminya, Iskandar Ezzahuddin Ahmad Zulkifli amat memahami karier seninya.

Malah, kerana kesibukan urusan masing-masing, sehingga kini mereka masih belum sempat berbulan madu di lokasi pilihan mereka, Bali walaupun sudah empat bulan mendirikan rumahtangga.

"Akhir bulan Mac ini mungkin baru kami rancang untuk pergi berbulan madu. Tetapi belum pasti lagi di mana lokasinya kali ini," kata Intan yang turut mengimpikan cahaya mata, andai ada rezeki.

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Kolumnis

iklan

Iklan