'Saham' Dina makin naik!

Diterbitkan: Khamis, 26 Februari 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Nama Dina semakin melonjak naik bukan saja sebagai penyanyi, malah sebagai pelakon dan penyampai radio juga
Nama Dina semakin melonjak naik bukan saja sebagai penyanyi, malah sebagai pelakon dan penyampai radio juga

NAIB juara Malaysian Idol musim pertama ini hampir pernah putus asa dengan perjalanan karier seninya. Meskipun hadir di dalam bidang ini dengan bakat yang besar, Faradina Mohd Nadzir atau mesra disapa Dina ini sedar laluan dirinya di dalam industri ini tidak semudah artis-artis lain.

Berkali-kali semangatnya pernah padam. Namun, kecekalan diri serta minat menebal di dalam bidang seni ini membuatkan penyanyi berusia 24 tahun ini sanggup meredah onak ranjau untuk terus berada di dalam industri ini.

Ternyata berkat kesabaran dan kesungguhan yang dipamerkan oleh Dina selama ini berbaloi jua. Lebih empat tahun mengabdikan diri di dalam arena ini, Dina kini sudah boleh menarik nafas lega apabila banyak pihak sudah mula 'nampak' bakatnya itu.

Bukan hanya berjaya mengukir nama di dalam bidang nyanyian, tetapi pemilik syarikat Soulful Symphony Sdn. Bhd ini juga turut mendapat tempat di dalam bidang lakonan apabila dia berpeluang beraksi di pentas teater, drama dan juga filem.

Setelah mempamerkan lakonan cemerlang menerusi Impak Maksima The Musical tidak lama dulu, sekali lagi Dina ditawarkan oleh Ahmad Idham untuk membintangi filem Jangan Pandang Belakang Congkak dan yang terbaru, wajah penyanyi ini mula menghiasi kaca televisyen menerusi drama bersiri Rempit vs Impak Maksima yang juga milik produksi Idham sendiri, Excellent Pictures.

Drama bersiri 13 episod itu sudah mula ditayangkan di TV3 pada 16 Februari lalu.

Menganggap apa yang dikecapinya kini adalah peluang keemasan yang sudah lama diimpikannya, kata Dina, itu semua tidak mahu dijadikannya sebagai satu alasan untuk mendabik dada.

"Saya masih di dalam proses pembelajaran. Tetapi fokus saya tetap kepada bidang nyanyian, cuma saya ingin mempelbagaikan cabang seni.

"Tetapi saya akui sangat seronok kerana berpeluang cuba bidang ini. Saya berterima kasih kepada Idham yang percaya dengan kemampuan saya dan sentiasa memberi peluang baru untuk saya.

"Dia banyak memberikan tunjuk ajar sepanjang pementasan teater tidak lama dulu serta di dalam filem dan drama yang saya turut bintangi. Malah, saya tidak kisah jika orang menganggap saya adalah produk Excellent Pictures kerana Idham adalah orang yang bertanggungjawab membawa saya ke bidang ini," kata Dina.

Bukan setakat bidang lakonan, Dina juga telah 'disambar' oleh stesen radio terkemuka, Era, sebagai penyampai radio. Satu pencapaian yang cukup bermakna buat penyanyi ini.

Bercerita tentang tawaran sebagai penyampai radio stesen tersebut, kata Dina, dia telah menjadi ahli keluarga stesen itu hampir dua bulan.

"Saya memang tidak menyangka apabila pihak pengurusan Era menghubungi saya dan bertanya sama ada saya berminat untuk menjadi penyampai radio mereka.

"Setelah saya fikir, apa salahnya saya mencuba memandangkan saya memang berminat untuk tambah pengalaman dalam pelbagai cabang bidang seni.

"Tetapi saya masih di dalam tempoh percubaan. Kontrak saya akan diperbaharui setiap enam bulan. Setakat ini, saya berpeluang mengendalikan Carta Era pada hari Ahad bersama Nana.

"Baru-baru ini saya telah mula diberi peluang untuk kendalikan slot hari Ahad pada pukul 2 hingga 6 petang juga," kata penyanyi yang berasal dari Johor Bahru ini.

Katanya lagi, pengalaman menjadi seorang penyampai radio juga cukup menyeronokkannya meskipun sedar ia mungkin akan memberi 'risiko' terhadap bidang nyanyian.

"Saya sedar tawaran ini berkemungkinan akan membuatkan lagu-lagu saya tidak akan diputarkan di stesen-stesen radio yang lain. Bagi saya, terpulanglah kepada pihak terbabit.

"Saya yakin rezeki akan ada di mana-mana, apatah lagi selain Era, ada juga beberapa stesen radio lain yang berada di bawah bumbung yang sama dan mungkin mereka akan terus memainkan lagu-lagu saya," kata Dina.

Ditanya adakah dua 'karier' barunya itu diceburi gara-gara kecewa dengan industri muzik tempatan, sambil tersenyum, Dina tidak menyangkal perkara itu merupakan salah satu faktor dia nekad untuk berbuat demikian.

"Sejujurnya, itu adalah salah satu sebab mengapa saya sertai semua bidang seni itu. Memang keadaan industri muzik kita sudah 'nazak'. Malah, industri hiburan secara keseluruhannya juga sedang mengalami penurunan.

"Bukan saja ramai penyanyi kini sudah bergelar pelakon, malah ada juga pelakon yang turut cuba nasib sebagai penyanyi. Masing-masing sudah mula untuk mempelbagaikan cabang seni mereka," kata Dina yang juga bakal tampil dengan album terbarunya tidak lama lagi.

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Kolumnis

iklan

Iklan