Richard Gere kini tuan punya Bedford Post Inn

Diterbitkan: Khamis, 26 Februari 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Gere, yang berusia 59 tahun, adalah tuan punya kepada Bedford Post Inn, yang merangkumi rumah klasik abad ke 18, bangsal kuda dan sebuah bistro.
Gere, yang berusia 59 tahun, adalah tuan punya kepada Bedford Post Inn, yang merangkumi rumah klasik abad ke 18, bangsal kuda dan sebuah bistro.

AKTOR kacak Richard Gere yang semakin dimamah usia, menyimpan hasrat yang tinggi untuk rumah rehat dan restoran di New York yang akan dibukanya tidak lama lagi.

Dia berharap sangat tempat itu akan menjadi pusat berdiskusi yang akan memberi impak besar kepada kehidupan sejagat.

Gere, yang berusia 59 tahun, adalah tuan punya kepada Bedford Post Inn, yang merangkumi rumah klasik abad ke-18, bangsal kuda dan sebuah bistro.

Rumah rehat itu mampu memuatkan tetamu dalam lapan buah bilik dan terletak di Westchester, New York.

Walaupun Gere mengaku yang dia tidak pernah termimpi untuk membuka sebuah restoran yang formal di atas tanah miliknya seluas 14 ekar itu, dia berharap pertaruhannya ini akan membawa pulangan yang lumayan.

"Ramai orang yang sudah menerima pulangan yang bagus kerana usaha seperti ini. Saya berharap dapat mengecapinya juga," kata pelakon filem 'Pretty Woman' ini.

"Harap-harap tempat saya ini akan jadi tempat orang lepak dan berdiskusi dan memberi kesan yang positif kepada semua orang," katanya.

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Kolumnis

iklan

Iklan