'Drifter' tertekan pengaruhi penampilan baru Farid Kamil

Diterbitkan: Khamis, 26 Februari 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Farid akan beraksi buat pertama kali dalam drama dan telefilem yang disiarkan oleh Astro.
Farid akan beraksi buat pertama kali dalam drama dan telefilem yang disiarkan oleh Astro.

WALAUPUN telah berkecimpung di dalam dunia lakonan hampir sembilan tahun, namun aktor Farid Kamil Zahari, 28, mengaku belum pernah muncul dalam mana-mana drama yang disiarkan di Astro.

Pada tahun ini, penonton setia Astro Megadrama bakal menyaksikan wajah Farid Kamil lebih-lebih lagi apabila dia dilantik selaku bintang eksklusif kempen tersebut selama setahun.

Menurut jejaka yang menggelarkan dirinya sebagai Farid atau Tort, telefilem pertama lakonannya untuk Astro berjudul ‘Lulu’.

Kebetulan, Farid berkata nama telefilem tersebut menyamai nama anak monyetnya.

Tambah Farid, dia dijangka menjalani pengambaran telefilem tersebut mulai Mac ini selepas menyelesaikan pengambaran filem ‘Evolusi KL Drift 2’ arahan Shamsul Yusof.

Menariknya, 'Lulu' akan turut dilakonkan oleh bintang eksklusif Astro Megadrama lain iaitu aktres Lisa Surihani dan Aaron Aziz.

Farid yang tampil dengan rambut panjang ‘mengerbang’ ketika majlis sepetang bersama bintang eksklusif Astro Megadrama dan tayangan perdana Suara Hati dan Rahsia Hati tidak menafikan yang fesyen terbarunya itu disebabkan dia perlu menepati imej watak yang dilakonkan dalam filem Evolusi KL Drift 2.

"Di dalam filem itu, saya memegang watak seorang ‘drifter’ yang tertekan selepas mengalami kemalangan sehingga mengakibatkannya tidak dapat ‘drift’ lagi," ulas Farid secara ringkas mengenai imejnya yang dirasakan ‘selekeh’ itu.

Diaju mengenai tawaran untuk bergelar bintang eksklusif yang memberi erti Farid hanya dibenarkan berlakon dalam drama dan telefilem di Astro, dia berkata peluang itu merupakan pilihan yang tepat memandangkan ketika ini dia kerap menerima tawaran berlakon filem sahaja.

"Saya anggap gelaran bintang eksklusif Astro Megadrama ini sebagai satu rezeki yang melimpah dan tawaran yang baik daripada Astro.

"Pendekatan ‘bintang eksklusif’ ini memang sudah lama dipraktikkan oleh negara jiran, Indonesia.

"Walaupun ia bukan sesuatu perkara baru, namun sekurang-kurangnya ia boleh menjana pendapatan pengiat seni sekarang," tutur Farid.

Farid yang pertama kali diberi peluang mengarah filem Rempit V3 itu, turut memasang cita-cita untuk mengarah drama sendiri di Astro dan setakat ini pihak pengurusan di Metrowealth (MIG) ada juga berbincang dengannya tentang hal itu.

"Tetapi, produser David Teo hanya menawarkan saya untuk berlakon setakat ini. Lagipun, saya belum pernah lagi berlakon di dalam mana-mana drama yang disiarkan oleh Astro," beritahu anak muda yang berasal dari Alor Setar, Kedah ini.

Sembang Farid, selepas dia menerima tawaran dari pihak Astro, dia merasakan ada baiknya dia menerima pelawaan itu memandangkan semua tawaran yang diterimanya sebelum ini melibatkan filem.

Disebabkan tawaran itu juga, Farid terpaksa membuat keputusan untuk menangguhkan pengarahannya di dalam sebuah filem.

"Oleh sebab saya mempunyai komitmen dengan Astro, jadi saya terpaksa menangguhkan dahulu perancangan untuk mengarah sebuah filem pada Jun ini.

"Jadi, saya akan membuat filem itu pada bulan Oktober nanti. Saya belum boleh ceritakan secara menyeluruh tentang filem ini. Yang saya boleh katakan adalah filem ini bergenre aksi dan tidak akan melibatkan motosikal lagi," ulas Farid yang juga sedang menjalani proses pasca-produksi filem Rempit V3 di mana dia bertindak sebagai editor filem tersebut.

Pertaruh filem Rempit V3 sebagai tesis

Jelas Farid, jika dia sudah membuat papan cerita (story board) sehingga mengarah filem ini, jadi dia perlu melalui tugas suntingan pula agar dapat merasai kepuasan sepenuhnya.

"Saya sudah mengarah, jadi saya akan tahu apa yang saya nak. Jadi, saya rasa lebih baik saya melakukan tugas seorang editor.

"Jadi, sepanjang melakukan kerja-kerja tersebut, terdapat beberapa pengalaman baru yang saya timba seperti jika dirasakan ada kekurangan, saya akan bertanyakan pandangan dengan penolong pengarah tentang apa yang saya harus lakukan.

"Selain itu, saya merasakan sedikit tekanan apabila filem ini merupakan tesis saya. Namun begitu saya masih rasa bertuah kerana masih ada pengarah lain yang sanggup membantu saya untuk menyiapkan filem ini.

"Saya bukan sahaja merupakan pelajar yang pertama kali diberikan peluang untuk mengarah malah saya juga merupakan antara pelajar merangkap pengarah yang mempunyai banyak rujukan.

"Saya tak kisah jika lambat menamatkan pengajian ini tetapi asalkan saya membuat kerja dengan bijak," terang Farid yang sudah beraksi dalam hampir 20 filem.

Antaranya adalah filem Mistik, Jutawan Fakir, Lady Boss, Cinta Kolesterol, Tangkai Jering, Kuliah Cinta, 7 Perhentian, Cinta Fotokopi, Lembing Awang Pulang Ke Dayang, Remp-It, Anak Halal, Chermin, Kala Malam Bulan Mengambang Evolusi KL Drift, Rempit V3 dan Evolusi KL Drift 2.

Farid merupakan penuntut tahun akhir Ijazah Sarjana Muda Seni Layar (Kepujian) di Universiti Teknologi Mara (UiTM), Shah Alam.

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan