Brown cuba 'beli' cinta Rihanna dengan kalung berlian

Diterbitkan: Khamis, 26 Februari 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Berjayakah hadiah-hadiah mahal melembutkan hati Rihanna?
Berjayakah hadiah-hadiah mahal melembutkan hati Rihanna?

UCAPAN maaf memang belum cukup kuat untuk mengambil hati kekasihnya. Sedar akan hakikat itu, penyanyi rap Amerika Chris Brown cuba untuk menawan hati Rihanna dengan membeli hadiah mewah dengan harapan kasih mereka dapat bertaut kembali.

Brown cuba mendapatkan kemaafan dari Rihanna dengan menghadiahkan barang mewah di hari ulang tahun Rihanna yang ke-21 baru-baru ini.

Selepas peristiwa dibelasah teruk oleh Brown, Rihanna telah menolak tawaran syarikat rakamannya yang ingin mengadakan majlis meriah sambutan hari jadinya.

Sebaliknya, Rihanna menyambutnya secara sederhana di kediamannya di Hollywood Hills.

Kononnya, Brown telah menghadiahkan kalung dan rantai tangan bertatah berlian bersama sebuah iPod Touch. Malah ibu Brown juga telah memberi sejambak bunga kepada Rihanna.

"Chris telah telefon Rihanna untuk mengucapkan selamat hari jadi. Nampak sangat dia terlalu ingin memenangi hati Rihanna semula. Dia tahu keadaan hidupnya sekarang seperti nyawa di hujung tanduk.

"Jadi, dia cuba sedaya upaya untuk menambat hati Rihanna dan menunjukkan dia benar-benar rasa bersalah atas apa yang berlaku," jelas satu laporan akhbar.

"Rihanna juga mahukan Chris berada di sampingnya pada hari istimewa itu tapi sedar yang mereka tidak boleh bersama atas sebab-sebab tertentu.

"Tapi semakin ketara yang Rihanna tidak boleh hidup tanpa Chris," kata laporan itu.

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan