Aamir berjaya ubah sikap minum Salman

Diterbitkan: Khamis, 26 Februari 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Salman Khan termakan nasihat aktor Aamir Khan.
Salman Khan termakan nasihat aktor Aamir Khan.

PERCAYA atau tidak tapi aktor Aamir Khan berjaya mengubah sikap buruk Salman Khan. Jika selama ini, ahli keluarga dan teman wanita tidak berjaya membuat Salman membuang perangainya yang suka minum, Aamir berjaya membuatnya berubah.

Walaupun nasihat itu hanya untuk durasi filem 'Veer', siapa tahu mungkin Salman akan teruskan selepas filem itu tamat.

Menurut satu sumber,"Aamir dan Salman memang bersahabat baik dan suka menghabiskan masa bersama. Kalau Salman tidak ke rumah Aamir, Aamir pula yang akan berkunjung ke rumah Salman.

"Malah Aamir dan Kiran Rao selalu juga makan malam di rumah Salman. Ketika keadaan begitulah Aamir memberi nasihat kepada Salman agar membuang perangainya yang suka minum itu," kata sumber itu.

Semuanya terjadi apabila Aamir menegur susuk badan Salman setelah melihat gambarnya waktu penggambaran 'Veer'.

Aamir memberitahu yang Salman langsung nampak tidak 'fit' dan menasihatinya untuk buang habit minumnya.

Salman termakan juga nasihat yang diberikan Aamir dan khabarnya, kali terakhir pelakon badan sasa ini minum alkohol ialah pada 27 Disember.

Ironinya, kedua sahabat ini hanya memulakan persahabatan setelah lama bergaul. Sewaktu pembikinan filem 'Andaz Apna Apna', Aamir pernah memberitahu media yang dia tidak akan bekerja lagi dengan Salman.

Namun keserasian antara mereka terjalin setelah lama menghabiskan masa bersama.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan