Lisa memang 'anak emas' Metrowealth?

Diterbitkan: Rabu, 25 Februari 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Lisa hanya tersenyum apabila diaju tentang jolokan anak emas Metrowealth yang diberikan kepadanya. -foto The Star oleh VICTOR NG
Lisa hanya tersenyum apabila diaju tentang jolokan anak emas Metrowealth yang diberikan kepadanya. -foto The Star oleh VICTOR NG

JOLOKAN pelakon semakin menyerlah di dalam industri hiburan sekarang, Lisa Surihani Mohamed sebagai ‘anak emas’ produser David Teo telah lama diperkatakan sebelum ini.

Apabila ditanya kepada kedua-duanya, David mahupun Lisa yang pernah mendengar tentang hal tersebut tidak terus melatah sebaliknya memandang dari sudut positif.

Jelas David, sebagai seorang produser, tidak salah jika dia sentiasa mengambil Lisa yang kini sedang meningkat naik berlakon di dalam setiap drama dan filem terbitan Metrowealth.

“Lisa merupakan pendatang muda dan popular dalam industri sekarang. Jadi, saya mahukan dia berjaya lagi.

“Dia juga bergelar wajah eksklusif Astro Megadrama bersama pelakon Farid Kamil.

“Saya boleh katakan yang dia merupakan antara pendatang baru yang mendapat banyak tawaran.

“Namun, pendapatannya bukan boleh mengkayakan saya kerana filem yang saya laburkan masih boleh memberikan pulangan yang lumayan sehingga berjuta ringgit,” jelas David ketika majlis doa selamat drama Mertua vs Menantu yang telah berada dalam kelompok drama yang mendapat rating paling tinggi di antara drama-drama bersiri yang pernah disiarkan di Astro Prima.

Lisa enggan komen tentang isu ‘anak emas

Gadis berperwatakan menarik ini bukan sahaja cantik malah nampak bijak apabila berbicara.

Diajukan soalan yang sama, Lisa juga mengakui dia pernah mendengar tentang perkara tersebut.

“Saya tidak mahu memberikan komen tentang gelaran itu kerana orang mempunyai hak untuk bercakap apa sahaja,” ulas Lisa ketika ditemui di majlis sepetang bersama bintang eksklusif Astro Megadrama dan tayangan perdana Suara Hati dan Rahsia Hati.

Namun, Lisa akui bahawa dia akan sentiasa bergerak di dalam kelompok MIG selepas menandatangani kontrak sebagai artis syarikat itu selama lima tahun sejak tahun lalu.

Namun, tegasnya, itu tidak bermaksud dia akan ‘menyapu bersih’ setiap tawaran lakonan yang ada.

“Jika ada watak yang sesuai dan cerita yang menarik, tidak salah jika saya menerimanya kan?.

“Alhamdulillah, sejak saya pulang dari United Kingdom, sehingga kini saya tidak putus menerima tawaran berlakon selepas membintangi beberapa buah filem dan drama yang diterbitkan oleh MIG.

“Mungkin disebabkan saya masih baru, jadi pihak produksi memberikan kepercayaan kepada saya. Jadi, saya hanya membuat apa yang mampu.

“Ia melihat kepada asas ekonomi juga di mana jika ada permintaan, barulah ada tawaran. Karier saya juga mempunyai arasnya di mana ada masa saya akan ‘naik’ dan ada masa saya akan ‘turun’.

“Sebagai seorang artis, saya masih diberi peluang untuk menerima atau menolak tawaran yang diberikan oleh MIG. Kami akan berbincang terlebih dahulu tentang sesuatu tawaran itu.

“Sebolehnya, saya akan sentiasa mencari kelainan di dalam watak yang diberikan. Saya masih baru, jadi banyak perkara yang saya perlu belajar,” tutur graduan Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang dari Universiti Aberystwyth, Wales ini.

Bercakap tentang watak kesukaan yang diidamkan, Lisa berkata dia ingin sekali melakonkan watak seorang genius serta arif dalam bidang Sains dan Ekonomi seperti siri ER dan Beautiful Mind.

Terima gaji setiap bulan dalam setahun

Atas bakat yang menyerlah serta kejayaannya sebagai Pelakon Harapan Wanita di Festival Filem ke-21, kini Lisa dipilih sebagai bintang eksklusif Astro Megadrama di samping aktor Farid Kamil.

Jika sebelum ini, Lisa akan menerima bayaran lakonan mengikut setiap tawaran yang mendatang, berbanding kali ini dia akan menerima gaji pada setiap bulan dalam setahun.

“Alhamdulillah, saya bersyukur dengan tawaran yang diberikan. Dengan rendah diri, saya berasa teruja apabila menerima rezeki ini dan berpeluang menyertai keluarga Astro.

“Saya sedar dan akui yang saya masih baru di dalam industri ini. Saya melihat tawaran ini sebagai suatu platform untuk mengenali tentang selok-belok lakonan,” luah Lisa yang bakal menemui penonton menerusi telefilem Ponti Anak Remaja pada 13 Mac, pukul 10.30 malam dan Mataku Nampak Hantu pada 4 April, pukul 10.30 malam di Astro Ria.

Selain itu, peminat Lisa juga berpeluang menonton drama lakonannya berjudul 3 Janda pada 22 April, pukul 10 malam di Astro Prima.

Pelakon yang berasa teruja apabila dapat berganding dengan aktres Liyana Jasmay menerusi telefilem ‘Ponti Anak Remaja’ ini turut sedang menjalani pengambaran filem ‘Kapoww’ arahan Azizi ‘Chunk’ Adnan.

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan