Korn, Erykah Badu gegarkan Sunburst KL 2009

Diterbitkan: Rabu, 25 Februari 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Kumpulan rock terkemuka, Korn, akan menggegarkan festival muzik Sunburst yang bakal berlangsung 21 Mac depan
Kumpulan rock terkemuka, Korn, akan menggegarkan festival muzik Sunburst yang bakal berlangsung 21 Mac depan

JIKA tahun lalu artis-artis antarabangsa seperti Incubus dan John Legend menjadi antara tarikan hebat sempena festival muzik ini, kali ini kumpulan rock terkemuka, Korn dan penyanyi R&B ternama, Erykah Badu pula bakal menggegarkan pentas Festival Muzik Antarabangsa, Sunburst KL 2009 yang bakal berlangsung pada 21 Mac depan di Kelab Equestrian Bukit Kiara.

Kemunculan mereka buat julung kalinya ini dilihat mampu memenuhi objektif penganjuran festival muzik ini yang ingin mengenengahkan pelbagai bentuk genre muzik seperti rock, R&B, pop, jazz dan hip-hop.

Selain Korn dan Erykah, artis antarabangsa lain yang turut memeriahkan lagi konsert selama 12 jam bermula pada pukul 2 petang itu ialah kumpulan R&B dan Soul, Naturally Seven, penyanyi dari Britain, Skye, yang merupakan bekas vokalis kumpulan Morcheeba dan kumpulan hip-hop popular Amerika, N.E.R.D.

Pastinya penyanyi-penyanyi tempatan juga tidak ketinggalan diundang menjayakan konsert hebat ini dan antara yang akan membuat persembahan pada Sunburst tahun ini ialah Meet Uncle Hussein, Hujan, Estranged, Butterfingers, Bunkface, Estrella, Pesawat, Gerhana Ska Cinta dan Joe Flizzow.

Band popular Indonesia, Nidji serta Andra & The Backbone juga akan menjayakan Sunburst 2009 ini yang akan menampilkan enam pentas persembahan seperti Sun Stage, Sky Stage, Livesounds Stage dan Tuborg Loud & Clear Stage.

Mengulas tentang pemilihan barisan artis antarabangsa itu, kata Pengarah Urusan Pineapple Concerts, Razman Razali, meskipun nama-nama seperti Korn dan Erykah dilihat agak 'old-school', mereka mempunyai keistimewaan tersendiri dan merupakan antara penghibur yang masih mempunyai pengikut yang cukup kuat.

"Korn dan Erykah adalah antara nama besar di luar negara. Sebagai contoh, Erykah adalah seorang penghibur yang cukup sempurna pada pandangan saya. Kami sebenarnya ingin menjemput Erykah pada Sunburst tahun lalu, tetapi dia tidak dapat hadir ke sini ketika itu.

"Korn dan Erykah akan membuat kemunculan eksklusif di Malaysia kerana inilah satu-satunya negara Asia yang mereka kunjungi untuk adakan persembahan ketika itu.

"Begitu juga dengan artis-artis antarabangsa lain seperti Skye dan Naturally Seven. Walaupun mereka tidak dikenali di sini, tetapi bila melihat persembahan mereka nanti, saya yakin penonton akan suka," kata Razman pada sidang media sempena pengumuman barisan artis antarabangsa dan Xpac sebagai penganjur bersama konsert tersebut.

Menurut Razman, pihaknya juga ada mencuba untuk membawa artis antarabangsa popular masakini seperti Coldplay, tetapi kerana kos yang terlalu tinggi, hasrat itu terpaksa dilupakan.

"Kita ada 'approach' band popular itu dulu. Tetapi, bajet untuk membawa mereka ke sini amat tinggi.

"Kita juga ada membuat perbincangan untuk membawa artis-artis yang lebih 'muda' seperti David Archuleta, tetapi masa pula yang tidak sesuai memandangkan mereka begitu sibuk dengan komitmen karier mereka di sana," tutur Razman yang mensasarkan sebanyak 13,000 penonton akan hadir pada konsert tersebut.

Namun begitu, katanya lagi, Sunburst 2009 juga tidak meminggirkan artis-artis tempatan. Seperti mana tahun lalu, festival muzik itu juga turut mengundang lebih 15 artis tempatan yang dianggap sebagai tarikan utama Sunburst kali ini.

"Sebenarnya, festival muzik ini lebih menekankan kepada artis-artis tempatan kita. Band-band seperti Hujan, Meet Uncle Hussein dan sebagainya mempunyai pengaruh yang cukup kuat ketika ini.

"Artis-artis antarabangsa yang kita undang itu pula dilihat sebagai satu faktor untuk menarik lebih ramai penonton ke konsert ini.

"Tetapi, saya tidak nafikan, bajet kami banyak dihabiskan untuk membawa artis-artis antarabangsa ini. Sudah tentu artis-artis tempatan yang kami jemput juga dibayar sebaik mungkin, tetapi kami amat berbesar hati kerana ada beberapa band tempatan yang ingin beraksi di Sunburst nanti secara percuma.

"Mereka datang kepada kami dan menyatakan keinginan untuk 'perform' di sana. Awal-awal lagi kami sudah beritahu tentang bajet kami yang mungkin tidak mencukupi untuk membiayai mereka, tetapi mereka sanggup untuk lakukan secara percuma," ujar Razman.

Dalam pada itu, ditanya tentang penjualan tiket pula, katanya, kira-kira 2000 tiket telah pun terjual setakat ini dan Razman yakin bilangan itu akan meningkat.

Tiket-tiket berharga RM203 (untuk pra-jualan) dan RM253 (pada hari berlangsungnya konsert) boleh didapati di rangkaian Axcess Tickets dan juga boleh ditempah menerusi online di www.axcess.com.my. atau dengan menghubungi talian 03-77115000. Maklumat lanjut juga boleh didapati dengan melayari www.sunburstkl.com

Bersempena dengan konsert hebat itu, Xpac juga turut membuat tawaran istimewa kepada pelanggan-pelanggan pra-bayar itu di mana pelanggan yang membeli satu tiket dengan harga penuh akan mendapat sekeping tiket lagi secara percuma.

Pelanggan Xpac hanya perlu mendaftar menerusi SMS dengan menaip REGSUNBURST ke 28881 dan akan dimaklumkan tentang langkah seterusnya selepas itu.

Promosi istimewa itu hanya sah bermula 27 Februari ini sehingga 20 Mac depan.

Bagi pelanggan U.O.X dan S.O.X pula, pendaftaran boleh dibuat dengan menghantar REGFREETIX ke 28881. Setiap pelanggan itu boleh memenangi dua tiket percuma berharga RM203 setiap satu dengan hanya 'reload' RM30 selepas menerima SMS pengesahan.

Promosi ini sah bermula hari ini sehingga 17 Mac depan.

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Kolumnis

iklan

Iklan