Isu gambar intim: “Saya teraniaya, tetapi pasrah”

Diterbitkan: Rabu, 25 Februari 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

[SEMASA] PETALING JAYA: Setelah beberapa lama mendiamkan diri dari menjawab isu gambar intimnya bersama aktor Zaefrul Nordin, 43 yang tersebar luas di internet, aktres Azizah Mahzan, 45 akhirnya bersuara hari ini.

Jika Zaefrul memberikan alasan terlupa batasan kerana menganggap aktres itu ibarat kakaknya, Azizah atau mesra dengan panggilan Kak Zi pula akui berasa teraniaya tetapi dalam masa yang sama pasrah dengan apa yang terjadi.

Azizah Mahzan berasa terkejut apabila puluhan gambar koleksi peribadinya yang lain termasuk gambar intim dengan Zaefrul disebarkan di internet baru-baru ini.

“Saya rasa teraniaya apabila ada pihak yang tidak bertanggungjawab sanggup menyebarkan gambar itu.

“Apa yang saya tahu, gambar-gambar itu diambil daripada ‘thumbdrive’ saya.

“Apabila kawan-kawan saya ingin melihat gambar yang kami ambil di Langkawi itu, tanpa teragak-agak terus saya memberikan ‘thumbdrive’ yang mengandungi banyak koleksi gambar saya itu.

“Bagaimanapun, saya tidak mahu menuduh sesiapa yang menyebarkan gambar-gambar itu kerana menganggap diri saya tidak bermusuh dengan sesiapa,” luah Azizah ketika dihubungi.

Jelas Azizah, selepas ini, dia akan lebih mengambil langkah berhati-hati bagi mengelakkan kejadian seperti ini berulang lagi.

iklan

Video

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Selasa, 15 Ogos 2017 9:00 AM

Abang Long Fadil 2 Telan Belanja RM 3.2 Juta

Kolumnis

iklan

Iklan